‘Campfire’ Menerangi Perkhemahan Unit Beruniform SK Jaya Baru

Kemeriahan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Jaya Baru terserlah dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Perkhemahan ini merupakan aktiviti tahunan sekolah berkenaan. Pada kali ini, ia dilaksanakan pada 08 hingga 10 November 2019 bertempat di padang sekolah.

Ia telah disertai seramai 86 orang peserta yang terdiri daripada murid tahun 3 hingga tahun 6 daripada 4 unit berbeza iaitu Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Pasukan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Seramai 14 orang Pengakap Kelana yang membantu menjayakan perkhemahan ini.

Pelbagai aktiviti yang bermanfaat yang telah dijalankan dalam perkhemahan ini. Menariknya, aktiviti campfire dan pintu gerbang diadakan oleh Pengakap Kelana yang dapat memberikan pengalaman baharu kepada para peserta. Semua peserta didedahkan mengenai tujuan unggun api semasa perkhemanan yang dijalankan. Di mana, pengalaman sebegini dapat memberikan aspirasi dan motivasi terhadap semangat mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti seumpama ini.

Avatar Suryadi Lagga
from Malaysia, 6 bulan yang lalu

Periode Proyek

Started On
Thursday, November 7, 2019
Ended On
Sunday, November 10, 2019

Jumlah peserta

86

Lamanya pelayanan

2064

Topics

Communications and Scouting Profile
Youth Engagement
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.