Pendakian Bukit Felda Sahabat View Sempena Program Keamanan Pengakap Sejahtera

Program Kembara Keamanan Pengakap Sejahtera merupakan program yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Tungku. Program ini dijalankan sempena Bulan Keamanan Sedunia yang disambut pada bulan september tahun ini. Program yang julung kali diadakan membawa mesej keamanan melalui pendakian bukit Felda Sahabat View, Lahad Datu. Jarak pendakian adalah kira-kira 5 kilometer pergi dan 5 kilometer balik. Secara keseluruhan jarak pendakian ialah 10 kilometer.

Kembaran Keamanan Pengakap Sejahtera ini telah diadakan pada 26 September 2019. Seramai 91 orang yang melibatkan diri dalam program ini iaitu pengakap kanak-kanak, pengakap muda, pengakap remaja, pemimpin, penolong pesuruhjaya daerah dan pesuruhjaya pengakap daerah. Program ini juga telah dibantu oleh Pertahanan Awam Malaysia bagi memastikan keselamatan para peserta semasa melakukan pendakian.

Para peserta berjalan kaki untuk mendaki bukit Felda Sahabat View sehingga ke puncak. Peserta juga menggunakan tongkat untuk membantu pendakian dilakukan. Sesi penggambaran dijalankan sebaik sahaja para peserta tiba di puncak. Selepas rehat dan minum pagi, semua peserta menuruni bukit dengan iringan petugas-petugas serta pasukan Pertahanan Awam.

Rumusannya, objektif program ini dilihat dapat dicapai dengan jayanya disamping ia menggalakkan para peserta untuk sentiasa hidup sihat dengan aktiviti-aktiviti seumpamanya. Kesedaran mengenai kesihatan yang berpanjangan dapat dicapai melalui program ini oleh kerana ianya dapat menarik minat para peserta lebih-lebih lagi aktiviti yang dilakukan mencabar minda dan fizikal serta dapat menikmati keindahan alam semula jadi dan pemandangan yang indah di puncak Felda Sahabat View.

Avatar Suryadi Lagga
from Malaysia, 3 bulan yang lalu

Periode Proyek

Started On
Wednesday, September 25, 2019
Ended On
Thursday, September 26, 2019

Jumlah peserta

110

Lamanya pelayanan

1320
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Partnerships

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.