Urusetia Kem Memorabilia Johor & International regional fellowship Jamboree 2018

Kem Memorabilia Johor & International Regional Fellowship Jamboree 2018 ini juga di adakan untuk mengenang jasa para pemimpin pengakap terdahulu yang telah banyak menyumbang tenaga dan buah fikiran di dalam memajukan pergerakan pengakap di negeri Johor.

Di samping itu juga, Kem Memorabilia Johor & International Regional Fellowship Jamboree ini dijadikan sebagai suatu wadah untuk mengimbau sejarah pembinaan Kem Jubli Intan Tanjung Laboh yang pada awalnya telah dikurniakan kepada Pengakap negeri Johor oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Almarhun Sultan Ismail. Persekutaun Pengakap Malaysia Negeri Johor dengan bangganya merangka aktiviti Jambori bersempena dengan peristiwa yang bersejarah ini. Pada masa yang sama juga, ianya dirancang bagi meraikan ahli-ahli Pengakap di rantau Asia Tenggara, iaitu Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand dan Singapura yang akan bersama-sama menjayakan program ini. Diharapkan program ini dapat merapatkan lagi hubungan dua hala antara negara-negara yang terlibat.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan bagi memenuhi keperluan program sejajar dengan objektif dan matlamatnya. Majlis Gilwell reunion turut mendapat sambutan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin vateran khusus bagi mengenang jasa-jasa mereka.

Majlis Perasmian telah di sempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor manakala Majlis Penutupan berlangsung dengan disempurnakan oleh Yang berhormat Pengerusi jawatankuasa Belia dan Sukan, Warisan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Johor. Semoga ia menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan dan kekal sebagai Memorabilia Pengakap Johor. 

Avatar mattnoox
from Malaysia, 8 bulan yang lalu

Periode Proyek

Started On
Friday, November 16, 2018
Ended On
Tuesday, November 20, 2018

Jumlah peserta

2900

Lamanya pelayanan

87000

Topics

Adults in Scouting
Better World Framework
Communications and Scouting Profile

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.