NATIONAL SCOUTS OF JOHOR NATURE CAMPING 2019

KOTA TINGGI- Pasukan pengakap SK Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi telah menganjurkan National Scouts of Johor Nature Camping 2019 peringkat kebangsaan bertemakan Pengakap Bersama Alam Semulajadi – Scouts Be One With Nature yang telah berlangsung pada 3 hingga 6 Julai 2019 di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi, Johor

 

Program ini menerima penyertaan dari seluruh pelosok tanah air dan telah disertai oleh ahli Pengakap Kanak-kanak seramai 511 peserta, 71 orang pengakap kelana yang bertugas sebagai petugas, 46 orang urusetia serta barisan pemimpin yang mengiringi anak didik mereka.

 

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program berlangsung seperti aktiviti berpengakalan, Nature Night, lawatan ke Desaru Coast Adventure Water Park, Konsert Pengakap Selamanya dan aktiviti utama perkhemahan iaitu Mega Beach Clean.

 

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Yasman bin Jamsir, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai wakil rasmi Pengarah JPNJ.

 

“Program Perkhemahan Nature Camping buat julung kalinya telah dianjurkan oleh Pengakap SK Sri Setia Jaya. Perkhemahan ini telah menjadi satu peluang kepada anak-anak pengakap mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini," ucap En Yazid bin Zakaria, Guru Besar SK Sri Setia Jaya

 

Tahniah dan terima kasih kepada guru besar, barisan pentadbir serta cikgu-cikgu SK Sri Setia Jaya, Kota Tinggi, Johor di atas inisiatif pengelolaan program peringkat Kebangsaan ini. Tahniah juga kepada penggerak utama program berskala besar ini, iaitu Cikgu Ezuwan Zailani bin Ibrahim selaku penyelaras program.

 

“Perkhemahan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada anak-anak pengakap tentang kepentingan menjaga alam semula jadi. Aktiviti yang dijalankan juga berkait rapat dengan penjagaan alam semula jadi seperti kitar semula, baja kompos, dan sebagainya. Anak-anak pengakap seronok melaksanakan aktiviti, disamping dapat mempelajari sesuatu” Cikgu Ezuwan Zailani bin Ibrahim, Penyelaras program. 

 

Terima kasih diucapkan di atas kerjasama penuh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Encik Hishammuddin bin Othman, Pegawai teknikal dan barisan Jurulatih Pusat Kokurikulum Johor, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh, barisan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Tinggi – Tuan Rizal bin Abdullah dan barisan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Tinggi, Johor.

 

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada rakan-rakan Sinergi yang terdiri daripada KRMSAU, KEJORA, PBT Pengerang, MPKT, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pusat Kesihatan Kota Tinggi, Desaru Coast dan pihak yang turut menyumbang bakti di belakang tabir.

 

Tahniah buat semua! Anda memang terbaik!

 

Files Attached
Avatar ezuwan
from Malaysia, 1 bulan yang lalu

Periode Proyek

Started On
Wednesday, July 3, 2019
Ended On
Saturday, July 6, 2019

Jumlah peserta

678

Lamanya pelayanan

16272
Geolocation

Topics

Better World Framework
Scouting and Humanitarian Action

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.