The Scout Jamboree Celebration for The Coronation of King Rama X (Malaysian Contingent)

"Pengakap sukarela melakukan perbuatan baik untuk menunjukkan kesetiaan dan kehormatan mereka untuk Raja"

Bersempena dengan pertabalan King Rama yang ke-10, pengakap Thailand menjemput Malaysia untuk menyertai Jambori Sempadan Thailand bagi tahun 2019. Peserta-peserta dari serata negeri di Malaysia berumur di antara 14-16 tahun memandangkan ia dibawah program Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyertaann terdiri dari 3000 lebih peserta dari negara Thailand, Myanmmar, Indonesia.  berikut adalah perjalanan aktiviti:

16 Jun 2019, Pantai Samila,Songkhla,Thailand- Semua kontinjen Malaysia bergerak dari Padang Sanai,Kedah ke sempadan Thailand bagi menguruskan urusan keluar masuk antarabangsa. Setelah selesai semua urusan pendaftaran, kami dikehendaki menaiki kenderaan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Perjalanan untuk ke Pantai Samila mengambil masa 2 jam. Sampai sahaja di destinasi tersebut, kedatangan kami diraikan oleh pengakap Thailand. Persembahan tari-menari dipersembahkan oleh para penari Thailand sebagai pembuka kedatangan kami. Kami telah diberikan kalung bunga setiap seorang sebagai tanda selamat datang ke tanah Thailand. Pada hari tersebut kami hanya diberi sedikit taklimat sebelum aktiviti esok bermula.

17 Jun 2019, Pantai Samila, Songkhla, Thailand- Kami telah diberikan kad aktiviti bagi mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan. Kumpulan saya menjalankan aktiviti air. Antara aktiviti yang menarik ialah tug the flag, tarik-tali dalam air, bola baling dalam air, kayak dan membina pasir di tepi pantai. Aktiviti tersebut telah mengeratkan lagi hubungan kami. Terbuktilah, perbezaan bahasa dan negeri bukanlah penghalang untuk berpengakap setiap masa. Pada malam tersebut, sebanyak 40 peserta dari kontinjen Malaysia mengadakan latihan bagi upacara pembukaan jamboree yang bakal berlangsung pada keesokan harinya(18 Jun 2019).Semua peserta dikehendaki pulang ke khemah masing-masing bagi persediaan untuk hari seterusnya.

18 Jun 2019, Pantai Samila, Songkhla, Thailand- Kumpulan saya melakukan aktiviti lasak di bahagian yang ditetapkan. Antara aktivitinya ialah flying fox , crush the box dan melalui titian kecil. Manfaat yang telah saya dapati sepanjang program ini ialah belajar mengawal keseimbangan. Selain itu ia mengajar saya memahami konsep ikatan dalam sesuatu aktivti. Aktivti tersebut tamat pada waktu tengahari.Kami bersiap-siap untuk ke Stadium Tinsulanon untuk upacara pembukan jamboree tersebut. Majlis berakhir pada jam 6:30 petang. Pada jam 9:00 malam kami dibenarkan untuk membeli-belah di sekitar pantai tersebut. Kami pulang ke tapak perkhemahan pada jam 11:30 malam.

19 Jun 2019, Pantai Samila, Songkhla, Thailand- Hari ini merupakan hari terakhir aktiviti sebelum berlangsungnya. Kumpulan kami telah melakukan aktiviti STEM dalam konsep pengakap. Aktivitinya ialah menghantar bola menggunakan prinsip Archimedes.Selain itu kami juga melakukan aktiviti berbentuk masakan. Antara masakan yang dicuba ialah somtam, onde-onde dan macam-macam lagi. Kami sempat sambung membeli-belah sementara menunggu kumpulan lain tiba di tapak perkhemahan. Aktiviti bebas diteruskan sehingga ke belah petang. Pada belah malam pula, upacara penutup diadakan di hadapan pentas . Upacara tamat pada pukul 12:00 malam.

Avatar Aida Scout
from Malaysia, 1 bulan yang lalu

Periode Proyek

Started On
Sunday, June 16, 2019
Ended On
Thursday, June 20, 2019

Jumlah peserta

300

Lamanya pelayanan

9000

Topics

Better World Framework

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.