[The Wash Project: Update 11] MASA UNTUK MELENGKAPKAN MISI

NAMA KUMPULAN : YOUNG GRIFFIN
ACARA : MENAMBAH BAHAN BINAAN
PENGLIBATAN  : 6 ORANG AHLI  

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 8.00 MALAM

TEMPAT : PEKAN SRI JAYA, MARAN PAHANG, MALAYSIA

Setelah 5 hari bertungkus lumus, kami mengambil masa sehari untuk berehat.walaubagaimana pun, sebahagian daripada kami keluar ke pekan yang berhampiran (Sri Jaya) untuk membeli bekalan tambahan (Makanan) dan juga misi utama ialah untuk membeli bahan binaan tambahan bagi meneruskan misi projek.

Setelah dipujuk, terdapat sebuah kedai bahan binaan di sekitar pekan Sri Jaya ini sanggup untuk membuat penghantaran tempahan kami terus ke lokasi tapak projek. Kali ini kami membeli bahan selengkapnya agar dapat digunakan sehingga tamat pembinaan. Akibat tempahan kami yang banyak, kedai bahan binaan tersebut terpaksa mengunakan dua jentera lori sekali gus untuk membuat penghantaran. Walaubagiman pun, kami tetap mengalami kesukaran untuk melepasi rintangan muka bumi pada jalan masuk ke tapak projek kami. Kedua dua lori yang membawa bahan binaan kami tersangkut dan tidak dapat begerak. Dengan muatan yang berat seperti pasir, menyukarkan lagi untuk kenderaan tersebut melepasi rintangan. Mereka terpaksa mencampak keluar sebahagian bahan binaan kami keluar bagi meringan kan lagi beban untuk meneruskan perjalanan. Kami terpaksa menyewa kenderaan pacuan empat roda untuk mengangkut sedikit demi sedikit bahan binaan yang telah dicampak keluar tersebut.

#SWAward  

#SWAPengakapMalaysia  

#TheWASHProject

Avatar MUHAMMAD ASMAWI SULAIMAN
from Malaysia, 3 bulan yang lalu

Periode Proyek

Started On
Monday, October 15, 2018
Ended On
Monday, October 15, 2018

Jumlah peserta

1

Lamanya pelayanan

6
Geolocation

Topics

Better World Framework
Youth Engagement
Youth Programme
Partnerships
Scouting and Humanitarian Action

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.