[The Wash Project: Update 8] CABARAN ATAU DUGAAN?

NAMA KUMPULAN : YOUNG GRIFFIN
ACARA : MENGHANTAR BAHAN BINAAN
PENGLIBATAN  : 6 ORANG AHLI

MASA : 8.00AM HINGGA 3.00AM

TEMPAT : HUTAN LIPUR AIR TERJUN JERANGKANG, MARAN PAHANG

Maka, harinya telah tiba. Ahli pasukan Young Griffin yang kesemua nya di dalam misi untuk meraih anugerah Scout Of The World Award ini bakal mengorak langkah seterus nya. Mereka memulakan misi dengan tekad dan iltizam yang membara. Hari ini mereka melangkah masuk buat julung kali nya untuk membuat penghantaran bahan binaan sebelum mereka masuk dan menetap di dalam Hutan Simpan Air Terjun Jerangkang itu sehingga selesai misi.

Tetapi apakan daya, pasukan Young Griffin ini ditimba dugaan dan cabaran untuk memasuki tapak projek. Tidaklah semudah seperti apa yang dijangka. Kami ditimpa dugaan apabila kenderaan yang kami naiki untuk membuat penghantaran telah lekat dan tidak dapat begerak. Akibat muatan yang berat dan kondisi lori yang tidak dapat mengharungi cabaran permukaan bumi sedemikian. Lori mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan lori. terdapat beberapa peralatan penting lori itu pecah dan bocor. Masa berlalu sehingga lewat malam. Kami sebulat suara bersepakat untuk tidak menerus kan perjalanan jika melihat di atas faktor keadaan lori. Misi gagal, Percubaan masuk kali pertama ini tidak berjaya. Walaubagaimana pun, ahli pasukan Young Griffin ini masih lagi bersemangat walau terpaksa menangguhkan hasrat dan perancangan projek ke hari yang lain.  

#SWAward  

#SWAPengakapMalaysia  

#TheWASHProject

Avatar MUHAMMAD ASMAWI SULAIMAN
from Malaysia, 1 bulan yang lalu

Periode Proyek

Started On
Monday, October 1, 2018
Ended On
Monday, October 1, 2018

Jumlah peserta

1

Lamanya pelayanan

6
Geolocation

Topics

Better World Framework
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme
Scouting and Humanitarian Action

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.