[The Wash Project: Update 1] Mencari dan Membina Ahli Pasukan

25 JUN 2018 (ISNIN),

Adalah hari yang bersejarah buat pasukan kami, kerana pada hari ini lah kami telah menemukan ahli kumpulan yang sama sama berminat dalam misi dan tujuan yang sama iaitu untuk mencapai dan menjalankan projek "Scout Of The World Award". Ini adalah perjumpaan pertama kami dalam langkah ke arah "Scout Of The World Award".

Perjumpaan yang berlangsung di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar Kuantan Pahang ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga jam 9.00 malam. Perjumpaan yang hampir memakan masa sehari ini telah berjaya disudahi dengan persetujuan para ahli pasukan untuk bersama dalam menjayakan misi "Scout Of The World Award Project". Setelah perbincangan dan perbahasan dijalankan, maka terbentuk lah sebuah pasukan yang diberi nama Young Griffin ini.

Dengan kekuatan 11 Orang ahli pasukan yang terdiri dari pelbagai latar belakang ini menjadi kan semangat dan iktizam kami terus membara dalam hasrat untuk mencapai anugerah "Scout Of The World Award". Dengan adanya ahli pasukan yang mempunyai latar belakang kemahiran dalam bidang penukangan, pemotoran, kejuruteraan, aktiviti lasak, perniagaan, videografi dan beberapa kemahiran lain lagi membuatkan keyakinan kami untuk menjayakan misi ini lebih mendalam.

Disamping itu juga, di dalam pasukan kami juga terdapat sebilangan ahli yang masih belajar di bangku persekolahan. Hal ini membuatkan pasukan kami mempunyai kelainan serta keunikan nya yang tersendiri. Ahli yang terdiri dari tiga buah pasukan pengakap yang kesemua nya pasukan dari Daerah Kuantan Pahang ini membuatkan satu lagi kelebihan kepada kami dari segi kemudahan untuk perjumpaan atau perbincangan.

Dalam perbincangan dan perjumpaan pertama ini juga, telah melihatkan perbincangan dan lontaran idea dari ahli ahli pasukan dalam menjayakan misi dan hasrat bersama. Terdapat beberapa idea dan pandangan yang menarik dalam perbincangan kami ini. Walau bagaimanapun, kami masih belum memutuskan idea atau projek yang menjadi pilihan. kami memutuskan untuk memberi masa seminggu untuk para ahli mencari idea dan membuat sedikit kajian sebelum perjumpaan seterusnya dibuat. Hal ini adalah untuk memberi ruang kepada kami dalam mencari idea dan projek pilihan yang bersesuaian dan yang terbaik buat kami.

Avatar MUHAMMAD ASMAWI SULAIMAN
from Malaysia, 2 bulan yang lalu

Periode Proyek

Started On
Monday, June 25, 2018
Ended On
Monday, June 25, 2018

Jumlah peserta

1

Lamanya pelayanan

6
Geolocation

Topics

Better World Framework
Diversity and Inclusion
Global Support Assessment Tool
Partnerships
Scouting and Humanitarian Action
Youth Engagement
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.