Kursus Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara 2019

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan pengakap merupakan antara saluran pendidikan luar bilik

darjah yang sangat berkesan. Usaha ini adalah bertujuan menangani masalah gejala

sosial. Perkhemahan pengakap diharap akan dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan,

mereka ini akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang

sukar diperolehi ketika di dalam bilik darjah. Ia menanam sifat keberanian dan

kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Diharapkan program ini akan dapat

memberi peluang kepada ahli-ahli pengakap menonjolkan kemampuan diri disamping

mengeratkan hubungan siratulrrahim dikalangan murid dan guru-guru.

 

2.0 NAMA PROGRAM

Kursus Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara 2019.

 

3.0 MATLAMAT

Kursus ini diharap dapat membina keyakinan diri murid apabila berhadapan dengan situasi kehidupan yang mencabar, disamping menerapkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain. Ia juga merupakan satu aktiviti pengukuhan ilmu pendidikan luar serta perkongsian ilmu dan pengalaman antara ahli pengakap.

 

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir kursus ini, para peserta akan dapat:

4.1 Memperolehi pengalaman yang berguna dalam kehidupan seharian.

4.2 Menyemai semangat bekerja dalam kumpulan.

4.3 Mengukuhkan semangat jati diri.

4.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri.

4.5 Memperolehi informasi mengenai skim latihan pengakap muda dan remaja.

 

5.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

5.1 Tarikh: 25hb - 27hb Mac 2019.

5.2 Tempat: SMK Georgetown.

5.3 Masa: 8.00 pagi (25hb) – 6.00 petang (27hb).

5.4 Jurulatih: Semua Pemimpin Pengakap SMK Georgetown.

 

6.0 PENYERTAAN

19 orang ahli pengakap.

4 orang pemimpin

Avatar Tomas Sandanadass
from Malaysia, 5 bulan yang lalu

Periode Proyek

Started On
Monday, March 25, 2019
Ended On
Wednesday, March 27, 2019

Jumlah peserta

23

Lamanya pelayanan

552
Geolocation

Topics

Youth Programme
Spiritual Development

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.