Bengkel Pelaporan Malaysian Scouting Standard 3.0

Barisan AJK Malaysian Scouting Standard telah mendaftarkan semua ahli-ahli yang hadir dan menyediakan para hadiran untuk seminar tersebut. Panel AJK Malaysian Scouting Standard yang hadir:

  1. Encik Lim Sheng Zhe

Barisan pembantu yang hadir:

  1. Muhammad Aidil Ashraf Bin Awang Itam
  2. Arsyad Zandani Bin Ahmad Zaki

 

Kata-kata Aluan:

YBhg.Encik Jamal Bin Jinal

Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara (Pengurusan)

 

Bengkel:

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh YBhg.Dr. Haji Mohd Azlan Bin AB Jalil

Pesuruhjaya Kebangsaan (Perancangan Strategik & Audit Kualiti).

 

Bengkel ini telah dibantu oleh YBrs. Tomas Sandanadass

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan (Malaysian Scouting Standard).

 

Turut hadir juga YBhg. Encik Mohd Hilmi Bin Mat Saad

Setiausaha Eksekutif

 

Ringkasan laporan dari negeri:

Melaka – Telah bermula untuk melaksanakan MSS di peringkat negeri tetapi mempunyai masalah untuk menyampaikan isu MSS ke akar umbi atau pemimpin yang bertanggungjawab.

 

Perak – Telah bermula untuk mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan untuk rekod MSS. Cabaran yang dihadapi ialah untuk mengendalikan isu-isu yang sensitif dan sulit. Mempunyai perancangan untuk melaksanakan MSS di peringkat daerah dan memerlukan bantuan daripada PPM untuk menyampaikan taklimat. Anggaran markah awal ialah 65% dan boleh diperbaiki ke 73%.

 

Sabah – Telah melaksanakan MSS di peringkat majoriti iaitu daerah dan kumpulan. Cabaran yang dihadapi ialah mempunyai kawasan yang besar untuk diliputi. Langkah seterusnya ialah untuk mendapatkan semula maklum balas dari peringkat kumpulan dan negeri. Dianggarkan untuk mengumpul semua informasi sebelum akhir tahun.

 

Pahang – Telah mengadakan bengkel dan seminar MSS di peringkat negeri yang dihadiri seramai 30 peserta pada 11 Ogos di Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh. Cabaran yang dihadapai ialah sukar untuk mengumpulkan informasi kerana kawasan yang besar perlu diliputi. Telah melantik 4 orang juruaudit MSS bagi peringkat negeri. Informasi yang di kumpulkan telah disimpan secara online. Anggaran markah awal ialah 48%.

Avatar Tomas Sandanadass
from Malaysia, 6 bulan yang lalu

Periode Proyek

Started On
Saturday, November 3, 2018
Ended On
Saturday, November 3, 2018

Jumlah peserta

14

Lamanya pelayanan

8
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Global Support Assessment Tool

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.