9M4SJJJ JOHOR BAHRU 61ST JAMBOREE ON THE AIR 2018 SK SRI TEBRAU

TARIKH : 20 OKTOBER 2018

MASA : 08:00 HINGGA 15:00

HARI : SABTU

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU

9M4SJJJ JOHOR BAHRU 61ST JAMBOREE ON THE AIR 2018 SK SRI TEBRAU

Seperti yang telah sedia maklum, setiap tahun pengakap akan mengadakan World Jamboree in the Air/Internet. Pada 20-21 Oktober 2018 lalu, telah berlangsungnya World Jamboree in the Air/Internet yang di adakan di Sk Sri Tebrau, Johor Bahru yang diketuai oleh Encik Rodyisnansyah Julaihi, selaku Ketua Program.

Seramai 455 orang peserta dari hampir 10 buah sekolah sekitar Johor Bahru dan Daerah- Daerah Jemputan seperti Pontian, Pasir Gudang dan Kota Tinggi telah menjayakan jamboree pada kali ini. Tambahan pula, penyertaan peserta pada tahun ini amat memuaskan berbanding pada tahun lepas. Ini bermakna, para peserta iaitu pengakap kanak-kanak serta pengakap remaja mahupun para pemimpin semakin ramai dan semakin berminat untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Terdapat 5 stesen aktiviti yang perlu di dikunjungi oleh para pserta untuk mendapatkan tandatangan para pemimpin di atas kad aktiviti yang telah di berikan sebelum program bermula.

Antara stesen aktiviti yang disediakan adalah Morse Code, Joti, Simplex Station A, Simplex Station B, Q-Code and Phonetic, dan QSL Card. Setiap stesen terdapat para pemimpin yang telah ditugaskan untuk memberi penerangan kepada para peserta mengenai stesen yang mereka wakili seterusnya memberi peluang kepada para peserta untuk mencuba sendiri aktiviti tersebut.

Setelah selesai melakukan aktiviti tersebut, para pemimpin akan menanda tangan di kad aktiviti setiap peserta menandakan mereka telah selesai melakukan aktiviti di setiap stesen.

Kegembiraan serta kesungguhan terpancar di wajah para peserta kerana mereka melakukan setiap aktiviti dengan penuh semangat. Selain itu, mereka berasa teruja dan bergilir-gilir untuk mencuba sendiri aktiviti yang dijalankan. 

 

 

 

Avatar Ojengz WS
from Malaysia, 1 tahun yang lalu

Periode Proyek

Started On
Saturday, October 20, 2018
Ended On
Saturday, October 20, 2018

Jumlah peserta

455

Lamanya pelayanan

6

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.