"Welcome to The Crew"
Pada 10 Julai 2018 telah diadakan taklimat pengenalan awal tentang pengakap kelana kepada pelajar SMK Sultan Ismail yang baru sahaja menyertai pasukan pengakap kelana. Peserta diberikan taklimat awal tentang peranan, matlamat, objektif dan protokol pemakaian uniform terlebih dahulu sebagai persedian untuk majlis lantikan kelana atau vigil kelak. Taklimat ini diberikan oleh saya sendiri dan dibantu oleh saudari Fatin Haziqah dan Saudari Che Ku Nuriqma dengan disertai seramai 37 orang bakal kelana dan semua pemimpin pasukan pengakap kelana dan Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Sultan Ismail. Dengan ini diharapkan para ahli krew yang baru sahaja menyertai pasukan pengakap lebih bersemangat dan sentiasa proaktif dalam semua perkara terutama sekali dalam menabur bakti kepada masyarakat.