KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN KLM17/INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

Seramai 20 orang ahli Pengakap dari Kumpulan Latihan Malaysia ke-17/ IPGK Temenggong Ibrahim Johor telah berkursus di Taman Ekstreme, Tasik Chinchin, Melaka. Mereka terdiri daripada bakal pemimpin pengakap dari Semester 3 Opsyen Bahasa Cina. Program ini telah dijalankan selama 1 hari pada 17 September 2018.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada bakal pemimpin pengakap tentang misi, visi dan tujuan kepengakapan, dasar keagamaan, pakaian seragam, skim latihan kepimpinan dan rekod kumpulan. Peserta berpuas hati dengan aktiviti yang mereka jalankan dan menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi.

Program ini telah dianjurkan oleh KLM-17/ IPGKTI Johor dengan kerjasama Unit Kokurikulum IPGKTI. 6 orang pensyarah bertaraf Jurulatih dan Penolong Jurulatih diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program berkenaan. Semoga semua peserta meneruskan latihan mereka ke KMK Peringkat 1. Selamat majujaya.

Avatar yusofalhaj
from Malaysia, 11 bulan yang lalu

Periode Proyek

Started On
Monday, September 17, 2018
Ended On
Monday, September 17, 2018

Jumlah peserta

20

Lamanya pelayanan

160
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.