twinkle twinkle little light buzzing

Projek lampu solar kami iaitu Projek Light Buzzing telah diadakan di Kampung Orang Asli PETA, Ulu Endau Mersing, Johor pada tarikh 31 Ogos hingga 2 September 2018. Kami team SWA sampai di Johor pada jam 7 pagi dan berkumpul di Perbadanan Taman Negara Johor.
Kami mengambil masa selama satu jam setengah dari pintu masuk hutan selai bekuk ke perkampungan orang asli PETA. Pada hari pertama, kami telahpun memulakan kerja kerja pemasangan solar dengan menggali lubang di sepanjang jalan di kampung tersebut bermula dari pintu masuk kampung hingga ke sekolah kebangsaan peta. Kami akan memasang sebanyak 15 batang lampu di sepanjang jalan di kampung tersebut. Kami juga akan memasang lampu solar di kawasan jeti dan laluan untuk kesana memandangkan kawasan jeti teramat gelap dan tiada sumber cahaya untuk kesana.
Team SWA telah terbahagi kepada dua iaitu satu team akan memasang lampu solar di sepanjang jalan manakala team saya akan menguruskan pemasangan lampu di kawasan jeti. Satu team mempunyai seramai 6 orang ahli. Kami memulakan gerak kerja kami seawal jam 9 pagi pada hari kedua di kampung orang asli. Team saya telah memasang dua lampu spotlight solar di sebatang pokok yang besar dan cahaya daripada lampu tersebut akan memancarkan cahaya kearah tandas awam dan kearah tangga menuju jeti. Sebanyak 6 lampu telah dipasang sepanjang tangga untuk menuruni jeti dan 6 lampu lagi dipasang di jeti. Akhir sekali, kami juga memasang lampu di dalam tandas awam. Kerja kerja pemasangan lampu di jeti merupakan agak mencabar bagi kami kerana salah seorang dari kami perlu memanjat pokok yang tinggi untuk melakukan kerja kerja pemasangan seperti menggril dan memaku lampu tersebut.
Jeti merupakan kawasan utama dan penting bagi penduduk kampung orang asli kerana orang asli menggunakan bot sebagai salah satu pengankutan penting untuk mereka ke mana sahaja. Kami siap kerja pemasangan pada jam 12 tengahari dan pada malam hari, kami semua telah melawat kawasan dari sekolah ke pintu masuk kampung sampailah ke kawasan jeti untuk memastikan semua lampu berfungsi dengan baik.
Kami berpuas hati kerana semua lampu yang dipasang dapat memberi manfaat kepada orang orang kampung kerana kampung orang asli tersebut tidak mempunyai lampu jalan sama sekali dan seluruh kampung gelap gelita pada malam hari. lampu solar yang dipasang serba sedikit dapat menjadi pemandu arah sepanjang jalan di kampung tersebut. Lampu di kawasan jeti juga sedikit sebanyak membantu dalam menjadikan kawasan jeti tersebut ‘wujud’ pada waktu malam. Kami berharap agar lampu yang dipasang ini dapat memberi manfaat dalam jangka masa yang lama untuk penduduk kampung orang asli ini.

Avatar insyirah din
from Malaysia, 1 tahun yang lalu

Periode Proyek

Started On
Friday, August 31, 2018
Ended On
Sunday, September 2, 2018

Jumlah peserta

12

Lamanya pelayanan

288

Topics

Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.