let's get some money

kami sebagai kumpulan sponsor sudah memulakan gerak kerja kami pada 29 Jun 2018. kami bertolak dari universiti malaysia terengganu seawal jam 9 pagi ke pasar payang kuala terengganu. kami memilih lokasi pasar payang kerana pasar payang merupakan pusat niaga utama di kuala terengganu. kami mencuba nasib untuk meminta sedikit dana dan sumbangan dari orang awam dan peniaga di pasar payang. kami menyelusuri dari kedai ke kedai dan tingkat ke tingkat selama lebih kurang 3 jam. kami juga mengutip dana ke kedai kedai emas di sekitar pasar payang dan ianya memakan masa selama satu jam. hasil yang kami dapat untuk trip ini agak memuaskan dan melebihi dari jangkaan kami. kami menyambung trip pencarian dana ini ke asrama universiti terengganu. kami membahagi tugas untuk setiap seorang naik ke setiap blok asrama. saya ditugaskan untuk naik ke blok ibnu majah. saya mencari dana dari bilik ke bilik dari tingkat satu hingga ke tingkat yang paling atas. proses ini memakan masa selama hampir 2 jam. dan hasil pencarian dana kami di asrama universiti malaysia terengganu agak lumayan. kami berpuas hati dengan usaha kami pada hari tersebut.

Avatar insyirah din
from Malaysia, 2 tahun yang lalu

Periode Proyek

Started On
Friday, June 29, 2018
Ended On
Friday, June 29, 2018

Jumlah peserta

4

Lamanya pelayanan

24

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.