SELAMAT DATANG BAKAL KELANA E PENAMPANG

Pada 19 dan 20 Ogos 2017..Pasukan Pengakap Kelana E telah mengadakan Ujian Mengenal Diri(Vigil) kepada ahli-ahli bakal pengakap kelana.Pengakap Kelana atau "Rovers Scout" ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia yang berusia antara 17 tahun sehingga 25 tahun. Pengakap Kelana ialah bahagian yang ke-4 dalam siri latihan berpengakap, iaitu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan yang ke-4 Pengakap Kelana.

Tujuan bahagian ini, adalah membolehkan Pengakap meneruskan latihan, sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya. Peringkat ini adalah penting bagi melengkapkan seorang Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranan yang cergas dan positif dalam masyarakat. Ia adalah proses penemuan diri atau mengenal diri di dalam penyesuaian dengan tujuan dan prinsip pergerakan.

"Semoga pengakap kelana yang divigilkan pada program kali ini akan menjadi ahli yang berkemahiran, berdisiplin dan mematuhi undang-undang dan persetiaan pengakap dalam persaudaraan pengakap sedunia dan dapat berbakti kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan Negara sesuai dengan cogan kata Unit Pengakap Kelana _"BERKHIDMAT"_

Avatar 9W6MEP
from Malaysia, 2 tahun yang lalu

Periode Proyek

Started On
Saturday, August 19, 2017
Ended On
Sunday, August 20, 2017

Jumlah peserta

24

Lamanya pelayanan

192
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme
Youth Engagement

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.