FAMILY DAY KLKM USM “SUKAN RAKYAT WARISAN TRADISI”
Family Day merupakan aktiviti pertama sekali yang dianjurkan oleh Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia (KLKM USM) bertemakan Sukan Rakyat Warisan Tradisi yang melibatkan ahli Level 200 sahaja. Sambutan Family Day ini merupakan salah satu wadah untuk merapatkan silaturahim dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli Level 200. Hal ini demikian kerana silaturahim dan kerjasama yang baik antara ahli adalah saluran asas dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni sekali gus menghasilkan kerja berpasukan yang cemerlang. Program ini melibatkan pelbagai aktiviti sukan rakyat yang akan meningkatkan semangat kerjasama terhadap semua yang terlibat kerana aktiviti ini merupakan pertandingan antara krew. Bukan itu sahaja, program ini dapat meningkatkan kecerdasan dan kesihatan mereka melalui pelbagai aktiviti sukaneka yang akan dijalankan.