Jambori Di Udara (JOTA) Malaysia Ke 6

Satu aktiviti Jambori Di Udara (JOTA) Malaysia Ke 6 telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG), Bintulu yang telah disertai oleh lebih kurang 180 orang yang merangkumi peserta, guru pengiring, petugas, ajk dan urusetia telah diadakan bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga jam 5.00 petang di mana persediaan untuk membuka stesen telah bermula sejak 19 Mei 2017 lagi. Pengakap Daerah Bintulu telah membuka stesen radio amatur dengan callsign 9M4CPB yang telah dipengerusikan oleh saya sendiri merangkap Pengurus Stesen (9W8ALV) telah berjaya berhubung dengan beberapa stesen lain dalam Malaysia.

Dalam aktiviti sehari tersebut sebanyak 4 kumpulan stesen dijalankan iaitu komunikasi HF, komunikasi VHF, isyarat bendera semaphore dan isyarat sulit pengakap. Aktiviti yang disertai oleh beberapa sekolah di Bintulu yang disertai bukan saja oleh Pengakap dari unit Kanak-Kanak, Muda, Remaja dan Kelana tapi juga disertai oleh individu-individu yang berminat daripada badan beruniform lain.

Avatar Alvin Johnson
from Malaysia, 3 tahun yang lalu

Periode Proyek

Started On
Saturday, May 20, 2017
Ended On
Saturday, May 20, 2017

Jumlah peserta

180

Lamanya pelayanan

1800

Topics

Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.