World JOTI - Stesen Daerah Sandakan

Pada 14-16 Oktober lalu, Pengakap Daerah Sandakan telah bersama-sama warga pengakap seluruh dunia menyertai program antarabangsa World JOTA-JOTI. SK St Monica telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah Stesen JOTI Daerah Sandakan. Program ini telah disertai oleh 50 orang ahli pengakap dengan dibantu oleh 10 orang Pengakap Kelana dan 10 orang Pemimpin Pengakap. 30 orang ahli pengakap kanak-kanak SK ST Monica (Kump. 16 Sandakan) telah berkhemah sepanjang kem ini. Manakala ahli pengakap SK Sg Anib 2 dan SMJK Tiong Hua hadir sebagai pelawat. Para peserta sangat gembbira dan teruja apabila dapat berkomunikasi dengan ahli pengakap dari pelbagai bahagian dunia seperti Namibia, USA, UK, Australia dan Indonesia. Majlis penutupan disempurnakan oleh Pesuruhjaya Daerah, En. Hanafie Hamadon. Moga berjumpa lagi di tahun hadapan.

Avatar Hanafie Hamadon
from Malaysia, 4 tahun yang lalu

Periode Proyek

Started On
Friday, October 14, 2016
Ended On
Sunday, October 16, 2016

Jumlah peserta

70

Lamanya pelayanan

560

Topics

Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.