Projet

Projek Face Shield Heroes merupakan inisiatif dari Pasukan Pengakap Kelana B - Blackflurry Pasir Mas untuk membantu fronliners yang memerlukan perisai muka didalam menangani wabak covid-19. Projek ini diadakan setelah kami melihat dengan sendiri para pekerja dibarisan hadapan terpaksa membuat face shield secara DIY melalui perkongisian status di Facebook. Sayu dan pilu hati kami melihat pengorbanan para barisan hadapan yang berjuang habis habisan sehingga sanggup untuk bergadai nyawa demi menyelamatkan rakyat Malaysia. 

Kami terpanggil untuk mengadakan projek ini setelah membaca satu perkongsian di Facebook mengenai cara - cara untuk membuat perisai muka ini. Pada 23 Mac kami mula mencari bahan- bahan yang diperlukan kemudian pada 25 Mac kami memulakan projek kami. Projek ini disertai oleh 20 orang ahli pengakap Kelana B- Blackflurry Pasir Mas. Disebabkan oleh Perintah kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia, kami terpaksa agihkan bahan - bahan untuk ahli Pengakap Kelana buat dari rumah. 10 orang ahli Pengakap Kelana yang dari rumah, manakala 10 orang lagi mennghasilkan dari pusat penghasilan Face Shield ini iaitu di rumah saya sendiri. 

Kami bahagikan pada 2 sesi iaitu sesi pagi hingga tengahari seramai 5 orang , manakala sesi tengahari hingga petang seramai 5 orang. Disebabkan kami tidak dapat berkumpul beramai ramai dan perlu mematuhi perintah kawalan pergerakan, hanya 5 orang pengakap kelana sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan operasi pembuatan perisai muka di dalam satu masa. Ahli Pengakap Kelana juga dikehendaki mematuhi SOP dari Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang melaksankan projek ini, dimana kami perlu menjaga kebersihan dengan menggunakkan pembasmi kuman sebelum memulakan operasi.

Berikut adalah lokasi yang mendapat sumbangan Face Shiled ini :- 

Hospital Tentera Petaling Jaya ( 100 unit )
Hospital Raja Perempuan Zainab II ( 1000 unit )
Hospital Universiti Sains Malaysia ( 200 unit )
Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai ( 2000 unit )
Hospital Tumpat ( 1208 unit )
Hospital Lati ( 1159 unit )
Hospital Jeli ( 232 unit )
Hospital Gua Musang ( 513 unit )
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highland ( 1112 unit )
Kota Bharu Medical Centre ( 105 unit )
Klinik Kesihatan Bachok ( 250 unit )
Klinik Kesihatan Chiku 3 Gua Musang ( 112 unit )
Klinik Kesihatan Meranti ( 160 unit )
Klinik Kesihatan Kuala Balah ( 221 unit )
Klinik Kesihatan Rantau Panjang ( 300 unit )
Kilinik Kesihatan Perol ( 160 unit )
Klinik Kesihatan Kota Jembal ( 130 unit )
Pusat Kuarantin KKTM ( 290 unit )
Pusat Kuarantin IPG Kota Bharu ( 209 unit )
Pusat Kuarantin Maeps Serdang ( 519 unit )
Kolej Vokasional Pasir Mas ( 300 unit )
Kolej Komuniti Bachok ( 250 unit )
RHB Bank (  143 unit )

Jumlah :

Pada awalnya kami hanya mensasarkan hasil pembuatan sebanyak 1, 000 unit , namun kami berjaya mencapai sasaran kami pada hari ke-4 projek ini. Kami teruskan projek ini dengan sasaran baru iaitu sebanyak 10, 000 unit . Disebabkan oleh kekangan dari bahan pembuatan yang tidak mencukupi serta kesukaran untuk mendapatkan bahan projek ini maka projek ini mengambil masa selama 16 hari untuk mencapai target kami iaitu sebanyak 10, 000 unit. Pada 10 April 2020, kami berjaya menghasilkan sebanyak 10, 637 unit maka dengan ini tamatlah fasa pertama projek ini di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan untuk fasa pertama dan kedua.

Portrait de Cik_Alink
from Malaysia, il y a 1 année

Project Period

Started On
Wednesday, March 25, 2020
Ended On
Friday, April 10, 2020

Nombre de participants

20

Heures de service

2040

Topics

Youth Programme
Youth Engagement
Better World Framework

SDG

You should not see this

Commentaires

Portrait de Shahir Samad

Terima Kasih krn membantu Frontliner

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.