Istiadat Penyampaian Bendera Kontinjen Malaysia/Sabah Ke 1st.ASEAN Seaboree Singapore 2019

Kota Kinabalu, Sabah 4.12.2019 Terpahat lagi satu ukiran sejarah bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah dimana istiadat Penyampaian Bendera Kontinjen Malaysia/Sabah ke 1st.ASEAN Seaboree Singapura kepada Ketua Kontinjen Malaysia/Sabah Skipper Mohd Rizan Gulam Hussein Pesuruhjaya Daerah Inanam, Sabah telah di sempurnakan oleh Yang Berhormat Arunarnsin bin Taib, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah di pejabat Kementerian Belia dan Sukan,Wisma Muis, Kota Kinabalu, Sabah .Kontinjen Pengakap Sabah diwakili 4 orang Pemimpin sebagai Contingent management Team serta  4 orang Pengakap Kelana sebagai International Services Team dan 3 orang Pengakap Muda Remaja Laut. Perhimpunan Pengakap Laut ASEAN (SEABOREE) merupakan pertama kali dianjurkan diperingkat ASEAN.Perhimpunan ini bermula pada 6 hingga 9 DIsember 2019 bertempat di Sarimbum Camp, Singapura. Pelbagai aktiviti turut di diadakan sepanjang perhimpunan tersebut. Bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan penuh kementeriaan belia Dan sukan Sabah bagi membantu perjalanan kontinjen Pengakap Sabah kali ini serta Pengurusan tertinggi dan program Pengakap Sabah yang sentiasa dan bekerjasama dalam membantu ahli ahli pengakap yang menyertai 1st.ASEAN Seaboree Singapore.Harapan Pengakap Sabah semoga apa yang diperolehi di perhimpunan itu dapat dikongsi dengan ahli ahli pengakap di sabah am dan Malaysia khasnya yang tidak dapat menyertai.

 

Portrait de AbdulRazik
from Malaysia, il y a 9 mois
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.