Perhimpunan Pengakap Laut Kebangsaan Ke-4, Malaysia Putrajaya 2019

Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali ke-4, telah diadakan pada 22 hingga 25 November 2019 bertempat di Kelab Tasik Putrajaya dan Pangkalan Polis Marin, Putrajaya. Seramai 500 orang terdiri dari wakil Negeri Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak dan pemerhati dari Negeri Sabah serta  100 orang perugas turut membantu menjayakan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengakap Negara, Yang Berbahagia Mejar Jeneral Prof.Dato Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin (bersara). Turut hadir Yang berbahagia Dato Rogaizat bin Abdullah Naib Presiden Perbadanan Putrajaya, Yang Berbahagia ASP Wan Mansur bin Osman Pegawai Pemerintah Markas Operasi Polis Marin Putrajaya dan Yang berbahagia Tuan Anwar bin Mohammad Kapten Kelab Tasik Putrajaya.Warga peserta perhimpunan pengakap laut amat bertuah kerana menerima kunjungan mengejut daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr.Maszlee Malik yang kebetulan sedang berjogging di kawasan tersebut. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang berbahagia Tuan Haji Noor Hashim bin Ismail, Ketua Pesuruhjaya Negeri Selangor.Rata rata peserta yang menghadiri perhimpunan ini amat teruja dan bersemangat terutama dalam aktiviti aktiviti yang dijalankan seperti memasak makanan laut, Aplikasi simpulan dsn ikatan, Tug of Oar, Penyediaan joran, melempar tali menyelamat, Raingutter regatta dan Kayak. Selain itu penyampaian Lencana Basic Skipper kepada pemimpin yang telah lulus menjalankan kursus serta tugasan yang diberi.Tahniah buat Skipper yang lulus terutama dari Negeri Melaka, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.

You should not see this

Commentaires

Portrait de AMSYAR AFIQ AZMAN

Assalamualaikum tuan, saya hendak memohon kebenaran untuk menggunakan gambar2 Pengakap Laut milik tuan ini ya.

Portrait de AbdulRazik

Walaisalam..yea boleh

Portrait de AbdulRazik
from Malaysia, il y a 9 mois

Project Period

Started On
Friday, November 22, 2019
Ended On
Monday, November 25, 2019

Nombre de participants

600

Heures de service

14400

Topics

Better World Framework
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.