Kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP), Peringkat Kebangsaan Zon Sabah Tahun 2019

Kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP) Peringkat Kebangsaan Zon Sabah telah diadakan di Scout Nature Park, Sandakan, Sabah. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada peserta kursus berkaitan pengurusan dan cara pentadbiran sebagai seorang Koordinator MoP. Kursus berjalan selama 3 hari 2 malam bermula pada 01 hingga 03 November 2019.

Scout Nature Park, Sandakan merupakan satu pusat aktiviti Pengakap bagi negeri Sabah yang sering ditambah baik dari masa ke semasa. SNP juga merupakan salah satu pusat Scenes Centre yang pertama di Malaysia dan sedang menunggu pengiktirafan. Di SNP, terdapat pelbagai tanaman yang boleh di lihat bermula daripada tanaman herba sehinggalah ke pokok durian dan juga taman arnab.

Kursus Koordinator MoP Kebangsaan ini telah disertai seramai 80 orang peserta kursus yang terdiri daripada Timbalan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri, Penolong Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat, Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin dan Kelana dari setiap Daerah di Negeri Sabah.

Bermacam aktiviti yang telah dijalankan semasa kursus berlangsung seperti aktiviti suai kenal, pengenalan MoP, Suitable Development Goals (SDG), pendaftaran WOSM (scout.org), sehinggalah kepada penyediaan kertas kerja serta pelan tindakan. Ketua Kursus adalah Dr Amir Hamzah Bin Aman dan di bantu oleh tiga orang lagi petugas.

Secara keseluruhan, kursus ini dapat melahirkan koordinator baru di mana ia boleh menjadi penggerak di dalam Daerah dan juga Negeri serta di Peringkat Kebangsaan Amnya. Dengan pengalaman yang di timba semasa kursus berlangsung, ia dapat membantu agar dapat melahirkan lebih banyak ahli Pengakap dalam membantu program-program keamanan sama ada dalam peringkat masyarakat, negara dan dunia.

Portrait de Azahar
from Malaysia, il y a 3 semaines

Project Period

Started On
Friday, November 1, 2019
Ended On
Sunday, November 3, 2019

Nombre de participants

80

Heures de service

38400
Geolocation

Topics

Better World Framework
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Adults in Scouting

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.