GONE BUT NOT FORGOTTEN

18 october 2019 merupakan suatu titik hitam bagi keluarga Banzai Rovers. Pergi serta hilangnya seorang adik,kakak dan juga ahli yang bercita cita tinggi dalam berpengakap.
Pergi dan tiada berganti merupakan kata tepat dan sesuai untuk perkara di atas.
Komitment serta peranan besar arwah dalam keluarga banzai rovers cukup memberi impak kepada kami. Seorang yang periang,teliti dalam kerja dan tugas,bercita cita tinggi,serta kemampuan arwah dalam menyaut apa juah bentuk cabaran dan tugasan dalam berpengakap merupakan perkara yang paling susah untuk dicari ganti dalam diri seorang ahli pengakap.
Arwah yang bakal menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(stpm) ketika itu telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya bersama sama 3 lagi ahli keluarga dimana telah menyebabkan arwah meninggal dunia ditempat kejadian.susulan dari kejadian tersebut ibu serta bapa arwah yang juga terlibat dalam kemalangan tersebut telah mengalami kecederaan yang serius dan di kejarkan ke unit kecemasan hospital bukit garam.
Mengikuti pengakap sejak habis SPM lagi,arwah yang juga merupakan bekas ahli Pengakap Kelana Laut D(Deltarovers)kinabatangan merupakan seorang ahli yang aktif dalam menjalankan serta menyertai aktiviti aktiviti pengakap di luar dan dalam daerah.Dalam meneruskan serta Meluaskan lagi pengalaman dalam bidang kepengakapan,arwah lisa bersama sama beberapa orang lagi ahli pengakap lain telah membentuk sebuah pasukan pengakap kelana udara pertama di dalam daerah kinabatangan yang kini di kenali sebagai Pasukan Pengakap Kelana Udara B(BanzaiRovers)Kinabatangan.melalui hal ini jelaslah arwah merupakan salah satu ahli pengakap yang penting dalam pergerakan pengakap kelana daerah kinabatangan.
kehilangan ini merupakan suatu kerugian dalam kancah pengakap. Cukup memberikan suatu tamparan hebat buat banzai rovers serta pengakap daerah khususnya daerah kinabatangan.jasa serta bakti beliau pastinya sentiasa menjadi ikutan serta menjadi kekuatan terutama sekali crew kelana B(banzairovers)dalam meneruskan perjuangan beliau dalam berpengakap.
Melalui perkara ini,
Pada 21 Okrober 2018,satu majlis Bacaan Yasin,Tahlil dan Doa Selamat Telah di anjurkan oleh Pasukan pengakap B(banzairovers) di surau Sk Bukit Garam 2 Kinabatangan.
Di hadiri oleh pesurujaya pengakap daerah, pasukan pengakap arkana,delta,troop 35 kinabatangan dan kelana dari daerah lahad Datu.
Selain itu,kutipan sumbangan Turut diberikan kepada adik arwah yang turut sama hadir pada majlis tersebut.

Gone But Not Forgotten
AL-FATIHAH
(LisaMuslim)

Portrait de MOHD HAZLAN BIN SUDING
from Malaysia, il y a 3 mois

Project Period

Started On
Monday, October 21, 2019
Ended On
Monday, October 21, 2019

Nombre de participants

50

Heures de service

350
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Spiritual Development

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.