Muzik Untuk Keamanan
Pada hari rabu iaitu 6 November 2019, Program Pioneer Massenger Of Peace (MoP) telah dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Jaya Baru. Program ini menjurus lebih kepada muzik. Program ini adalah untuk memberi lebih pengenalan muzik dan keamanan kepada para peserta.
Seramai 212 murid telah terlibat dalam melaksanakan program ini. Terdapat juga 8 orang guru turut terlibat semasa program ini dijalankan. Selain itu, 7 orang petugas daripada Pasukan Pengakap Kelana B Kinabatangan (Banzai Rovers) telah menghadirkan diri untuk menjadi petugas semasa program itu dan ini telah menjadikan seramai 227 orang yang terlibat semasa program itu dilaksanakan.
Program ini bertujuan supaya para peserta dapat menggunakan alat muzik dalam kehidupan seharian mereka. Muzik juga dapat menjadikan alam di persekitaran menjadi lebih aman dan damai jika digunakan dengan cara yang betul. Akhir sekali program ini dapat memberi banyak manfaat kepada para peserta jika ianya dipelajari dengan lebih mendalam.