BanzaiRovers Ke ROVERMOOT NEGERI SELANGOR

Rovermoot Selangor 2019 telah dianjurkan oleh Majlis Pengakap Kelana Negeri Selangor yang telah berjaya menarik perhatian dan dihadiri oleh kelana dari 11 buah negeri. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini penuh dengan aktiviti yang sangat padat. Salah satunya adalah aktiviti subkem yang meliputi pertandingan pintu gerbang, dan pertandingan kebudayaan. Aktiviti pangkalan antaranya pertandingan mencipta ‘CROSS-BOW’ dan menganyam kraftangan untuk dijadikan sebagai sumbangan. Rovermoot Selangor juga menyelitkan aktiviti lain yang sangat lasak salah satunya ialah ‘Flying Fox’, Water Floating dan aktiviti santai seperti khidmat masyarakat bersama anak-anak yatim.
Rovermoot Selangor telah sertai oleh 109 peserta daripada 11 buah negeri termasuklah negeri Sabah, Johor, Perlis, Medan Indonesia, Unisza Terengganu, Pahang, Sarawak, Melaka, Perak, WPKL dan negeri Selangor sebagai tuan rumah serta Pramuka jemputan khas penyertaan seramai 5 orang peserta Pihak pengurusan program telah menyediakan slot aktiviti lasak yang dikendalikan oleh skipper Muhammad Afiq Hamdi Bin Samsul Bhari, skipper Abdul Hadi Bin Abdul Rahim dan skipper Saiful Akmal Bin Mohd Rosli untuk melihat dan menguji ketahanan fizikal dan mental peserta yang bergelar sebagai seorang kelana Malaysia.
Tindakan pihak penganjur program memecahkan peserta kepada beberapa kumpulan daripada negeri yang berbeza bagi menguatkan lagi hubungan sillaturrahim antara kelana dan berkongsi pengalaman dan kemahiran yang dimiliki.
Program ini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam berkelana tidak mengira sama ada berkhidmat di dalam atau luar negeri. Kem ini juga memberikan sedikit ilmu-ilmu tentang kejurulatihan yang akan digunakan oleh ahli kelana semasa memberikan perkhidmatan di masa akan datang.
Selain itu, tujuan diadakan program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan golongan ahli kelana dalam pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan memupuk semangat hidup bersama dalam satu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi. Dengan harapan program ini dapat melahirkan ahli kelana yang berkemahiran dan professional dalam mengendalikan program dan aktiviti.
Akhir sekali, program seumpama ini dapat menggalakkan ahli kelana membentuk keperiadian yang mulia dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu sama lain. Program ini dirasmikan oleh ketua Pesuruhjaya negeri Selangor. Pelbagai kata motivasi yang telah diberikan oleh beliau untuk menyuntik semangat kelana dalam diri peserta agar lebih cenderung dalam kepimpinan selain daripada mengikut arahan sahaja.

Portrait de MOHD HAZLAN BIN SUDING
from Malaysia, il y a 3 semaines

Project Period

Started On
Friday, September 13, 2019
Ended On
Monday, September 16, 2019

Nombre de participants

109

Heures de service

2616

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.