MOP(Muzik Untuk Keamanan)

ProgramMuzik Untuk Kemanan merupakan suatu program percubaan ‘test run programme’ di daerah Kinabatangan.Program yang melibatkan pengunaan alat muzik serta lagu-lagu yang berkaitan dengan aktiviti di samping menyebarkan mesej keamanan ini, telah melibatkan Seramai 212 orang murid sebagai peserta, 8 orang guru dan 7 orang petugas Pengakap Kelana B Kinabatangan.Pelaksanaan program ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jaya Baru yang mempunyai guru dan alat muzik yang mencukupi bagi keperluan program. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk menggalakkan para peserta menggunakan alat muzik dalam kehidupan seharian yang secara tidak langsung dapat menarik perhatian mereka terhadap dunia muzik. Dalam pada itu, muzik boleh menjadi perantara yang baik terhadap hubungan silaturahim antara para peserta dengan guru-guru di sekolah. Akhir sekali, program ini juga dijalankan sebagai perintis dan penanda aras terhadap program-program MoP yang akan datang. Menarikya, salah satu aktiviti program yang dijalankan adalah membunyikan irama menggunakan tin, epal dan nenas. Di mana, penggunaan alat yang lain selain alat muzik yang sebenar untuk membunyikan irama dapat memberikan pengalaman yang cukup bermakna kepada para peserta. Justeru, semua peserta diberikan peluang untuk mencuba pengalaman dan pengetahuan baharu dalam aktiviti yang dijalankan dalam program ini.

Portrait de MOHD HAZLAN BIN SUDING
from Malaysia, il y a 3 semaines

Project Period

Started On
Tuesday, November 5, 2019
Ended On
Wednesday, November 6, 2019

Nombre de participants

227

Heures de service

1135
Geolocation

Topics

Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.