Perkhemahan World 62nd JOTA & 23rd JOTI Scouts Nature Park, Sandakan

Seramai 404 ahli Pengakap berkhemah di Scouts Nature Park berkhemah di Scouts Nature Park pada 18 hingga 20 Oktober 2019 sempena World 62nd JOTA & 23rd JOTI yang berlangsung seluruh negara.

Scouts Nature Park, Sandakan merupakan pusat JOTA JOTI yang didaftarkan dengan kod 9M4SJSD menerima penyertaan seramai 337 ahli pengakap dari 24 buah sekolah dan 5 kumpulan terbuka dari daerah Karamunting dan Sandakan dan bilangan petugas seramai 67 Pemimpin.

Perkhemahan selama tiga hari ini mendedahkan para peserta kepada sejarah JOTA JOTI dan simbolik dilaksanakan jambori ini. Pelbagai informasi dapat disebarkan menerusi aktiviti berpangkalan dan stesen yang harus dilalui oleh setiap peserta. Para peserta juga didedahkan dengan fonetik huruf, International Morse Code, dan Semaphore Alphabet.

Pada majlis perasmian penutupan JOTA JOTI ini, pasukan kelana bertugas membuat persembahan khas dengan menonjolkan mesej semaphore bagi mengalu-alukan kedatangan perasmi majlis, YB Tuan Arunarsin Bin Taib, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah. Beliau juga dilantik menjadi ahli pengakap seumur hidup.

Portrait de nuuratikah
from Malaysia, il y a 10 mois

Project Period

Started On
Friday, October 18, 2019
Ended On
Sunday, October 20, 2019

Nombre de participants

404

Heures de service

7272

Topics

Adults in Scouting
Communications and Scouting Profile
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.