Aktiviti Team Building Sepanjang Kursus Koordinator Messengers of Peace Zon Sabah 2019

Seramai 80 orang ahli Pengakap Sabah telah menyertai Kursus Koordinator Messengers of Peace Peringkat Kebangsaan Bagi Zon Sabah yang berlangsung selama 3 hari di Scouts Nature Park, Sandakan, Sabah menjalani pelbagai aktiviti team building yang bertujuan meningkatkan kerjasama dan toleransi antara satu sama lain.

Antara aktiviti teamb building yang dilaksanakan adalah memilih belon pengenalan diri, membawa bola tennis dengan tali, menghasilkan lakaran keamanan dan mentafsirkan karya yang membawa mesej keamanan serta banyak lagi.

Kursus Koordinator Messengers of Peace dimulakan pada 1 November 2019 dan dijadualkan berakhir 3 November 2019 bertujuan melatih ahli-ahli Pengakap dari Zon Sabah dan memberi pendedahan kepada ahli Pengakap sebagai pengerak Messengers of Peace.

Menerusi kursus yang disampaikan, para peserta didedahkan dengan panduan mendaftar sebagai Messengers of Peace dan program-program yang membawa mesej keamanan sejagat untuk dilaksanakan bagi membangunkan masyarakat yang harmoni.

Selain itu, para peserta juga dihebahkan mengenai kriteria pemilihan Anugerah Messengers of Peace dan syarat-syarat kelayakan bagi melayakkan pencalonan anugerah tersebut.

Portrait de nuuratikah
from Malaysia, il y a 9 mois

Project Period

Started On
Friday, November 1, 2019
Ended On
Sunday, November 3, 2019

Nombre de participants

80

Heures de service

1440

Topics

Adults in Scouting

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.