Dialogue for Peace in Malaysia - Mesengger of Peace 2019

Saya bersama 37 orang Mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang terdiri daripada Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Putra Malaysia telah terlibat dengan jayanya dalam Bengkel Kesedaran Dialog untuk Keamanan  bersempena dengan Bulan Keamanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) yang diadakan pada 28 September 2019 (Sabtu) di Universiti Malaya.

Penganjuran bengkel kesedaran tersebut merupakan bengkel pertama yang dianjurkan di Malaysia dan terdiri daripada inisiatif Delegasi Bersama Forum Belia ASEAN dengan kerjasama Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Malaya.

Dengan bantuan aktiviti sepanjang berlansungnya Bengkel Kesedaran Dialog untuk Keamanan antaranya Tap Game, Peacebuilding Piramid dan World Conference Game, para pengakap dapat diberi kuasa dengan kemahiran dan kecekapan yang membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah masyarakat untuk pembangunan mampan di peringkat global.

Melalui dialog, para pengakap dapat belajar untuk mencari persamaan yang tidak diketahui sebelum ini, menghormati dan menghargai perbezaan diantara kepelbagaian secara semula jadi dalam kehidupan manusia seperti budaya, bahasa, etnik, agama dan sebagainya.

Melalui dialog juga, para pengakap boleh berkumpul sebagai manusia pertama untuk mencari penyelesaian yang inklusif kearah menangani cabaran yang dihadapi pada hari ini antaranya perbezaan dilihat sebagai masalah yang menyebabkan banyak manusia bertempur, pelbagai jenis keganasan yang dikaitkan dengan konflik sosial yang mana manusia membenarkan keganasan dengan memetik perbezaan budaya, agama atau etnik yang tidak dapat disamakan. Misalnya, tanggapan yang salah dan perasaan negatif satu kumpulan manusia dengan kumpulan manusia yang lain dengan mudah menjadi stereotaip yang mana mereka dapat membenarkan diskriminasi terhadap seseorang atau lebih dari seorang, yang kemudiannya akan menyebabkan berlakunya ketegangan, konflik serta keganasan.

Oleh demikian, melalui program dialog untuk keamanan ini telah menjadi platform terbaik  dikalangan para pengakap seluruh dunia untuk mengetahui bagaimana mereka boleh menggabungkan dialog ke dalam kehidupan seharian mereka.

Peserta-peserta yang menghadiri dengan jaya dalam bengkel ini secara individu telah menerima sijil berserta lencana Duta Keamanan (Mesengger of Peace) Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia (World Organization of the Scout Movement) yang disampaikan oleh Tuan Rozaini bin Abdul Rahim, Pengerusi Program Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia.

Portrait de AZROL HAFIZI AZMAN
from Malaysia, il y a 3 semaines

Project Period

Started On
Saturday, September 28, 2019
Ended On
Saturday, September 28, 2019

Nombre de participants

38

Heures de service

228
Geolocation

Topics

Better World Framework

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.