Kem Kembara Sahsiah Unit Pengakap Kanak-Kanak SK Kemuning

     Pada 26 sehingga 28 Julai 2019 bersamaan hari Jumaat sehingga Ahad yang lalu, telah berlangsungnya program Kem Kembara Sahsiah Unit Pengakap Kanak-Kanak SK Kemuning anjuran bersama pihak SK Kemuning dan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Alor Gajah yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Kemuning, Jalan Kemuning / Gadek, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Seramai 26 peserta dari unit Pengakap Kanak-Kanak, 10 orang guru pembimbing, 2 orang pemimpin Pengakap Daerah Alor Gajah dan 6 orang Pengakap Kelana telah menyertai serta menjayakan program ini.

     Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah pendedahan tentang apa itu pengakap, cerita hutan, jungle tracking, nyanyian lagu-lagu pengakap, malam kebudayaan, night walk, penerangan tentang cara mendirikan khemah serta sesi penyampaian sijil dan hadiah. Semua peserta telah berjaya mengharungi program ini dengan jayanya.

     Majlis penutup telah disempurnakan oleh Guru Besar SK. Kemuning dan diiringi oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Alor Gajah, Tuan Khyrulnizam.

Portrait de Fami Nara
from Malaysia, il y a 1 mois

Project Period

Started On
Friday, July 26, 2019
Ended On
Sunday, July 28, 2019

Nombre de participants

44

Heures de service

792
Geolocation

Topics

Better World Framework
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Spiritual Development

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.