[THE WASH PROJECT : UPDATE 4] Let's Work It Out and Typing on the Paper
Nama Kumpulan : Young Griffin’s
Program : Membuat Kertas Kerja/Surat-menyurat/Sponsor
Peserta : 2 Ahli
Kertas kerja merupakan antara perkara asas dan ciri penting dalam menjalankan sesebuah projek. Tujuan adanya kertas kerja adalah untuk meyakinkan kepada para penilai/pelabur tentang gambaran dan konsep yang akan dibawakan. Setelah membuat perjumpaan kedua, kertas kerja dengan kandungan maklumat yang lebih terperinci mulai dirangka.Selain itu, kertas kerja bagi memohon sumbangan/sponsor dan surat menyurat juga telah dilaksanakan. Sponsor/sumbangan ialah salah satu alternatif mendapatkan sumner kewangan dan merupakan fokus utama kami dalam pemilihan sumbangan. Selain sponsors/sumbangan, alternatif lain seperti seperti menjual barangan terpakai dan kitar semula yang lebih ditujukan kepada pengakap remaja mengikut pembahagiaan tugas yang diberikan dan dipersetujui dari perjumpaan sebelum ini. Disebabkan, ada diantara ahli kami merupakan pengakap remaja maka persetujuan daripada pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang amat diperlukan. Ini perlu dititikberatkan kerana mereka masih lagi di bawah umur 18 tahun. Makluman awal juga diberikan kepada ibu bapa penjaga mereka bagi mengelakkan salah faham daripada berlaku.
#SWAward #SWAPENGAKAPMALAYSIA #THEWASHPROJECT