Kem Kemahiran Kelana Sarawak Siri II

Pada tarikh 15 sehingga 17 Februari 2019 seramai 43 org ahli kelana negeri Sarawak telah menyertaikan Kem Kemahiran Kelana Sarawak Siri II bertempat di Ibupejabat Pengakap Sarawak, Kuching. Beberapa orang jurulatih dan penolong jurulatih turut membantu dalam kem ini termasuklah Tuan Elroy Bansi Gersit dan Tuan Hadiman. Kem selama 3 hari ini cukup mencabar fizikal dan mental peserta.

Peserta dibahagikan kepada 4 krew baharu, yakni dipisahkan dari krew asal masing masing. Hal ini demikian bagi melatih kemahiran peserta untuk bergaul sesama krew baru, tertukar-tukar ilmu dan bekerjasama dalam satu krew walaupun saling tidak mengenali.

Terdapat 4 tugasan yang perlu dilaksanakan, iaitu 3 tugasan berkumpulan dan 1 tugasan individu. Tugasan berkumpulan termasuklah model projek perintis, projek perintis bersaiz 10 kaki dan juga gajet-gajet wajib bagi penarafan BPA. Tugasan individu pula ialah mengikat 44 ikatan wajib dalam berpengakap dari lencana keahlian sehingga lencana kemahiran. Selain itu buku log juga wajib disiapkan dalam tempoh yang diberi oleh jurulatih.

Kem ini banyak memberi pendedahan awal kepada kelana bagaimana untuk menghadapi BPA kelak. Terima kasih diucapkan buat semua jurulatih yang bertanggungjawab dalam Kem Kemahiran Siri II.

Portrait de atikahmal
from Malaysia, il y a 6 mois

Project Period

Started On
Friday, February 15, 2019
Ended On
Sunday, February 17, 2019

Nombre de participants

43

Heures de service

24

Topics

Adults in Scouting
Communications and Scouting Profile
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.