REHABILITASI POKOK PAYA BAKAU KLKM PSA

REHABILITASI POKOK PAYA BAKAU DI TAMAN ALAM KUALA SELANGOR

Pada 15 September 2018, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Politeknik Shah Alam telah menganjurkan program menanam pokok paya bakau di Taman Alam Kuala Selangor. Program ini bertujuan untuk melatih dan menggalakkan ahli pengakap kelana untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan persekitaran. Malah, sekiranya pengakap kelana melakukan tindakan berkhidmat dan berkongsi dengan pihak lain, mereka akan menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.

Matlamat utama Projek ini dibuat adalah untuk memberi inspirasi kepada pengakap kelana untuk meneruskan amalan berkhidmat kepada komuniti mereka atau menyertai usaha pengakap lain dari seluruh dunia. Selain itu, Program Rehabilitasi Pokok Paya Bakau ini dapat meningkatkan kemahiran memimpin, merancang, mengurus dan melaksanakan suatu program yang dibuat. 

Objektif penganjuran program ini juga adalah untuk memupuk semangat kecintaan terhadap alam sekitar dan menjalin hubungan silaturahim antara mahasiswa pengakap kelana dan institusi luar, dan membantu untuk mengurangkan risiko bahan berbahaya kepada manusia dan alam sekitar.

Seramai 25 orang peserta telah terlibat dalam menjayakan program ini. Kami menjemput kelana dari Universiti Malaya untuk menyertai program kami. 

Setibanya kami di Taman Alam, Mr Ashok (Penyelia Program Taman Alam Kuala Selangor) telah memberi taklimat tentang pokok paya bakau. Antara taklimat yang diberi adalah jenis pokok paya bakau yang ada di Taman Alam, cara penanaman poko paya bakau dan sebagai ilmu tambahan beliau memberitahu kami jenis-jenis burung, ketam dan haiwan-haiwan lain yang tinggal di sekitar kawasan paya bakau.

Setelah kami menerima taklimat, kami diarahkan untuk menukar kasut getah dan sarung tangan yang telah disediakan. Kami menanam sebanyak 30 anak pokok bakau. Jenis pokok bakau yang kami tanam ialah bakau kurap. Setelah selesai aktiviti menanam, kami dibawa berjalan mengelilingi Taman Alam Kuala Selangor. Jarak perjalanan kami mengelilingi Taman Alam ialah 6km.

Akhirnya, setelah menyelesaikan tugasan yang diberikan kami bersihkan diri, dan bersiap untuk majlis penutup iaitu majlis penyampaian cenderahati kepada Taman Alam Kuala Selangor. 

Portrait de dianazaba98
il y a 10 mois

Project Period

Started On
Saturday, September 15, 2018
Ended On
Saturday, September 15, 2018

Nombre de participants

25

Heures de service

200
Geolocation

Topics

Communications and Scouting Profile
Diversity and Inclusion

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.