APMM Kongsi Ilmu Maritim kepada Pengakap Laut Labuan

LABUAN- Seramai 15 Pengakap Laut dari SMK Mutiara telah berjaya menyertai Perkhemahan Nautika Pengakap Laut di Desa Tunas Hijau, Kampung Sungai Pagar pada 12-14 Okt 2018 lalu. Perkhemahan tersebut dipengerusikan oleh Skipper Ivy Lee, Setiausaha Sekretariat Pengakap Laut WP Labuan. Selaras dengan keperluan Persekutuan Pengakap Malaysia yang ingin melahirkan generasi masa depan yang cekal, berwibawa dan berkemahiran tinggi seterusnya menaikkan imej Malaysia sebagai sebuah negara maritim. 

Selain membekalkan golongan muda dengan ilmu pengetahuan kepelautan, perkhemahan ini membantu menyediakan mereka untuk meneroka bidang nautika yang mencabar, menyeronokkan dan berkait rapat dengan kehidupan sebagai seorang pelaut dan ahli Pengakap Laut.
Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah memberi pengalaman yang banyak kepada pengakap laut dimana mereka telah didedahkan cara menyelamatkan diri di dalam air, membuat rakit serta mengharungi ekspedisi memancing selama dua hari satu malam. Peserta juga menjalani ujian bertulis mengenai asas kaji cuaca, peralatan bot, isyarat perairan tempatan dan undang-undang pelautan antarabangsa.
Bagi tujuan keselamatan kem ini sepanjang aktiviti, anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Layang-Layangan telah membantu mengawasi peserta sepanjang aktiviti mencabar yang telah dijalankan. 

Pada hari terakhir perkhemahan, peserta dibawa melawat Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) KM Bistari. Pada lawatan ini peserta didedahkan dalam tatacara manuvra taktikal, navigasi, komunikasi, ilmu kelautan, Operasi Carilamat dan Penguatkuasaan. Pengakap Laut Labuan memilih untuk melawat KM Bistari kerana kapal ini pernah mendapat anugerah Piala Perkasa iaitu kapal Maritim terbaik di Malaysia sebanyak dua kali.

Kapten KM Bistari, Leftenan Komander Maritim Muhammad Zaini Bin Zainal turut membuka peluang kepada pengakap laut untuk terus berkolaborasi dan bersedia membantu dari segi elemen kepelautan dan kemahiran untuk pengakap laut. Pesuruhjaya Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia Skip Rosni Bin Mohd Daud dalam ucapannya pada majlis penyerahan cenderamata turut menyarankan agar lawatan bersama APMM dapat diteruskan lagi dengan pengkhususan ilmu yang lebih mendalam dan berfokus agar pengakap laut memperoleh ilmu yang bermanfaat. 

Pengakap Laut yang telah berjaya melalui semua ujian dianugerahkan Lencana Juragan Muda oleh Skip Rosni Mohd Daud. Turut disampaikan kategori peserta perkhemahan lelaki terbaik dirangkul oleh Mohd Syawal Shahfik Ismail manakala eserta perkhemahan perempuan terbaik adalah Megawati Sulaiman. Penghargaan turut diberi kepada Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri YH Dato’ Sri Haji Mohd Alias Abdul Rahman atas sokongan menyediakan tapak perkhemahan untuk menjalankan aktiviti.

Portrait de RMD
by RMD
from Malaysia, il y a 7 mois

Project Period

Started On
Friday, October 12, 2018
Ended On
Sunday, October 14, 2018

Nombre de participants

15

Heures de service

16
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.