Perjumpaan 3 Level 200 Sidang 2018/2019

Perjumpaan kali ini diadakan di Padang Senget, Pusat Kokurikulum USM. Agenda perjumpaan ini ialah ahli krew hendaklah bersuai kenal dengan menggunakan perkataan adjektif yang dimulakan mengikut abjad pertama namanya. Misalnya, bagi krew C, ketua kami bernama Syahmi. apabila memperkenalkan diri, namanya ialah Syahmi Smart dan diikuti oleh ahli-ahli yang lain. Ahli krew juga telah bermain satu permainan untuk mengeratkan lagi hubungan yang baru terjalin. Ahli dikehendaki memegang erat tangan ahli krew yang lain secara rawak dan perlu membentuk sebuah bulatan yang lengkap dengan berpegangan tangan. Selepas aktiviti bersuai kenal, setiap kumpulan telah melakukan salah satu gadget dalam perkhemahan iaitu latihan membuat tripod menggunakan ikatan simpul manuk, silang tungku, ikatan seraya dan ikatan gunting. Kumpulan-kumpulan telah dibahagi dan diketuai oleh MT dan exco yang bertugas. Setiap ahli diberikan panduan untuk menyiapkan gajet ini agar mereka dapat mengetahui kaedah dalam penghasilan tripod dan fungsinya. Salam Pengakap!

Portrait de faraznieasri
from Malaysia, il y a 8 mois

Project Period

Started On
Monday, October 8, 2018
Ended On
Monday, October 8, 2018

Nombre de participants

115

Heures de service

2
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.