Perkhemahan Aviasi : Ahli Udara Kelas Pertama

Kerjasama Pengakap Labuan & TUDM Lahirkan 31 Ahli Udara Kelas Pertama
21-23 Sept 2018
Sekolah Antarabangsa Labuan

Pada 21-23 Sept 2018, Perkemahan Aviasi 2.0 Lencana Ahli Udara Kelas 1 telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Antarabangsa Labuan. Seramai 31 Ahli Pengakap Udara daripada Sekolah Antarabangsa Labuan dan juga Sekolah Agama ( MAIWP ) telah menyertai perkemahan ini. Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli pengakap udara tentang ilmu aviasi merangkumi teknikal pesawat iaitu sistem navigasi, radio perhubungan, undang-undang udara termasuk jenis-jenis ruang udara.

Pendedahan turut diberikan dalam aspek meteorology, ukuran-ukuran cuaca penerbangan dan juga radio telefoni lanjutan. Diakhir perkhemahan, kesemua 31 ahli pengakap udara diuji pengetahuannya yang ditimba secara ujian bertulis. Ke semua calon telah mendapat markah lulus dan layak untuk dianugerahkan Lencana Ahli Udara Kelas 1. 

Majlis penutupan perkhemahan aviasi ini telah dirasmikan oleh Wakil Yang Hormat Dato’ Sri Mohd Alias Bin Abdul Rahman – Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan iaitu Pengetua Sekolah Antarabangsa Labuan iaitu Puan Zainab Batin yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan. Di dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan setingggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada para peserta kerana berjaya menghabiskan perkhemahan serta melepasi ujian yang dilaksanakan. 

Zainab dalam ucapannya berkata, “Pengakap pengakap udara sekalian hendaklah menghargai dan tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu sebanyak mungkin daripada aktiviti kepengakapan. pelbagai ilmu secara teori dan juga praktikal yang diperolehi hendaklah diaplikasikan bagi kemaslahatan negara tercinta kita Malaysia”.

Beliau juga berbesar hati dan bersedia untuk menyambut kedatangan para peserta ahli pengakap udara di perkhemahan aviasi yang akan datang. Turut hadir pada majlis perasmian penutupan ialah Lt Kol Hj Mohamad Zulhilmi Bin Hj Ahmad TUDM Pegawai Laksana Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Pesuruhjaya Kebangsaan Skip Rosni bin Mohd Daud, Pengetua Sekolah Mengengah Agama, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Ustaz Mohd Hasnizan Hasin, dan wakil Sekolah Antarabangsa Labuan merangkap Setiausaha Sekretariat Pengakap Udara WP Labuan Skip Rizuan Asmarah.

Pada majlis penutupan, peserta yang telah lulus semua ujian perkhemahan dianugerahkan dengan Lencana Ahli Udara Kelas Pertama oleh Lt Kol Hj Mohamad Zulhilmi Bin Hj Ahmad TUDM dengan penuh istiadat. Sijil penyertaan & Penghargaan turut disampaikan oleh Zainab kepada peserta, jurulatih dan petugas perkhemahan.

Portrait de RMD
by RMD
from Malaysia, il y a 7 mois

Project Period

Started On
Friday, September 21, 2018
Ended On
Sunday, September 23, 2018

Nombre de participants

43

Heures de service

688
Geolocation

Topics

Spiritual Development
Adults in Scouting
Youth Programme
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.