Pemasangan Lampu Solar di Kampung Peta

Pada 29 hingga 31 ogos 2018, kami telah melakukan projek pemasangan lampu solar. Proses pemasangan mengambil masa selama 3 hari. Peserta yang terlibat seramai 12 orang. Proses yang terlibat bermula dengan menanda lokasi-lokasi yang bersesuaian untuk memasang lampu solar. Tempat yang termasuk laluan jalan yang gelap, platform jeti, tangga untuk ke jeti, lampu limpah di kawasan jeti dan lampu tandas. Pada hari pertama, kerja menggali lubang untuk meletak lampu solar telah dilakukan. sebanyak 15 lubang telah digali. di kawasan jeti pula, menandaan telah dilakukan. Pada hari kedua, proses membancuh simen bagi tiang solar telah dilakukan. simen yang telah siap dibancuh mengikut komposisi kemudian telah dituang ke dalam ke dalam lubang bersama bahagian utama tiang lamou solar. pada sebelah petang, setelah simen keras semua komponen lain telah dipasang. pada bahagian jeti pula, empat lampu solar telah dipasang pada platform. kerja menggerudi telah dilakukan untuk memasang lampu solar tersebut pada pemegang jeti diikuti kerja menggerudi pada pokok untuk lampu limpah. pada hari ketiga, pemeriksaan telah dilakukan pada semua lampu yang telah dipasang. Pemeriksaan ini dilakukan bagi memastikan semua lampu solar menyala dan dalam keadaan baik

Portrait de Mustafa Abdullah
from Malaysia, il y a 1 année

Project Period

Started On
Wednesday, August 29, 2018
Ended On
Friday, August 31, 2018

Nombre de participants

12

Heures de service

288

Topics

Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.