Let’s Make This Project Arise

Pada tarikh 19, 20 dan 21 Julai 2018, projek ‘Bidong Stret Light Solar Lamp’ ini telah dijalankan di Kampung Vietnam, Bidong sebagai projek rintis. Jadi, pada jam 8.30 malam, semua peserta SWA dari UTHM dan UMT, berkumpul di dalam dewan terbuka bagi mendengar sedikit penerangan mengenai projek ‘solar lamp’ ini. Pada malam itu, semua team teknikal telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai tugas yang telah mereka lakukan. Setiap penerangan dari mereka sedikit sebanyak memberi saya lebih kefahaman tentang proses pembuatan dari segi ‘design circuit and process etching’, ‘process soldering and mounting battery’ dan ‘design structure and assembly’. Bagi ‘design circuit and process etching’, mereka menerangkan tentang setiap fungsi komponen yang digunakan, antaranya transistor (untuk mengawal voltage), diode (mengawal satu arus sahaja), LED (sebagai pencahayaan dimana lebih terang dari lampu biasa), PCB board (bagi meletakkan setiap komponen tersebut) dan banyak lagi. Selepas itu, untuk Process etching sendiri mempunyai banyak langkah yang perlu dituruti antaranya print board design, uv light + vacuum, developing, etching, stripping, dry, drill, dan soldering. Berikut, penerangan mengenai ‘process sokdering and mounting battery’, dimana penerangan ini lebih tertumpu bagaimana melakukan pateri dengan baik. Proses ini mengambil masa selama 2 minggu. Kaedah mempateri ini juga menggunakan soldering iron dan soldering lid. Process soldering ini antara proses yang paling lama kerana memerlukan tahap kesabaran dan skill yang tinggi. Bagi ‘design structure and assembly’ kami dapat mengetahui bentuk yang akan dilakukan sebagai street light solar lamp ini.
Selepas semua selesai menerangkan bahagian masing-masing, kami semua bercadang untuk melihat kesesuaian tempat untuk meletakkan street light solar lamp ini pada hari esok pagi, dan memulakan aktiviti seterusnya pada hari esok. Pada jam 11 malam semua bersurai dan pulang ke asrama masing-masing.
Pada jam 8.00 pagi, semua berkumpul untuk melakukan senaman selepas makan pagi. Semua peserta bergegas dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selepas itu, peserta SWA akan diagihkan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai dua orang peserta dan satu kumpulan terdapat 3 orang peserta. Setiap kumpulan akan diberikan kelengkapan untuk memasang lampu ini. Selepas itu, setiap kumpulan akan pergi mencari kawasan yang sesuai di mana mudah untuk mendapat cahaya matahari bagi pengumpulan cas melalui solar, dan menghidupkan lampu pada waktu malam dengan penggunaan bateri. Setelah selesai pencarian tempat yang strategik, setiap kumpulan akan membuat konkrit dengan bancuhan air, batu kecil, tanah dan simen. Ratio bagi pembancuhan konkrit adalah 4:2:1(pasir: simen: batu). Masing-masing bertungkus lumus dalam meyiapkan setiap konkrit bagi setiap ahli kumpulan. Kami semua mengamalkan sikap menolong antara satu sama lain.
Berikut, peserta SWA berkumpul dan pergi melihat ‘light street solar lamp’ yang telah kami siapkan pagi tadi. Setiap model memberikan kesan positif dimana semua berfungsi dengan baik dan dapat menerangi kawasan yang gelap gelita dengan cahaya lampu setelah semua berpuas hati, peserta SWA ada perjumpaan bersama Prof Madya Dr. Haji Mustaffa bin Haji Ibrahim dari UTHM. Pada malam itu, kami menceritakan sedikit sebanyak tugasan yang telah kami lakukan khususnya dari peserta UMT iaitu terbahagi kepada kumpulan pengurusan dan sponsor. Semua memberikan kerjasama yang baik serta Prof. sempat memberikan sedikit sebanyak tunjuk ajar serta idea-idea yang bernas bagi menambah baik model untuk tempat yang akan kami lakukan di kampung Orang Asli Peta di Johor nanti.

Portrait de Fadhlina Nizar
from Malaysia, il y a 1 année

Project Period

Started On
Thursday, July 19, 2018
Ended On
Saturday, July 21, 2018

Nombre de participants

13

Heures de service

312
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.