Solar Light Street Kampung Bidong, Terengganu

Pada hari pertama, kami meninjau kawasan sekitar Kampung Bidong bersama ahli pasukan seramai 13 orang untuk melihat kesesuaian tapak penanaman Solar Panel di kawasan kampung tersebut. Pada waktu malam, diskusi diadakan dan setiap daripada kami yang terdiri daripada pelbagai pasukan iaitu teknikal, pengurusan dan penajaan menyatakan progress atau gerak kerja masing-masing di hadapan semua ahli. Malah, saya bersama pasukan penajaan yang lain memberitahu gerak kerja/aktiviti bagaimana proses kami mendapatkan dana iaitu berbentuk informal meminta sumbangan (kedai ke kedai) daripada masyarakat dalam menjayakan projek ini. Malahan, pasukan yang lain memberi taklimat mengenai gerak kerja yang dijalankan oleh mereka iaitu ``Design Circuit and Process Ecthing, Process Soldering and Mounting Battery serta Project Designs Set of Street Lamp. Di samping itu, kami diberikan taklimat mengenai perjalanan progam``Solar Light Street’’ pada keesokkan hari untuk proses penanaman solar panel tersebut. Pada hari kedua jam 8:30 pagi, proses pemasangan tiang paip PVC, pemasangan komponen, proses pengalian dan konkrit dimana nisbah yang digunakan untuk penanaman tiang tersebut adalah 4:2:1 (pasir,simen dan batu). Sebanyak 6 batang tiang solar panel (Solar Light Street ) diletakkan di kawasan Bidong serta kami juga melakukan proses penanaman solar panel di kawasan yayasan coral sebanyak 2 batang tiang solar panel. Hal ini kerana dapat mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar serta ianya dapat dijadikan sebagai sumber cahaya kepada kita di kampung itu. Bahkan ianya juga dapat membantu pengunjung setiap kali datang datang dan tinggal di sini itu. Seterusnya, kami mengadakan sesi diskusi projek di mana ianya perbincangan mengenai permasalahan terhadap projek ``Solar Light Street’’ bersama Prof. Madya Dr. Haji Mustaffa bin Haji Ibrahim iaitu penasihat projek kami. Maka berakhirnya Projek Rintis 1 `Solar Light Street’’ di Kampung Bidong dan bercadang untuk melaksanakannya di tempat yang lain untuk projek kami yang sebenar.

Portrait de SHAHIRA NAZRI
from Malaysia, il y a 1 année

Project Period

Started On
Thursday, July 19, 2018
Ended On
Saturday, July 21, 2018

Nombre de participants

13

Heures de service

312

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.