Melebarkan Sayap Di Negeri Jelapang Padi

Seramai 103 ahli Pengakap Malaysia dari pelbagai negeri telah mengikuti kursus Scout World Award Discovery Zon Utara di Institusi Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim di Sungai Petani Kedah. Kami seramai 5 orang merupakan wakil dari Kelana Perak .Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula dari 13 Julai 2018 hingga 15 Julai 208.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada ahli pengakap Malaysia mencapai award dengan membina projek berdasarkan 17 Suistainable Development Goals (SDG) yang boleh memberi kesan pada sesuatu kawasan dalam jangka masa yang lama dan berterusan.Bukan itu sahaja program ini juga mendidik ahli pengakap kelana berkhidmat bersama komuniti. Antaranya kami diberi peluang untuk mencipta projek berdasarkan kreativiti dan idea yang bernas serta kami juga diberi peluang untuk membina meja lepak menggunakan palet untuk kegunaan warga IPG Sultan Abdul Halim. Rata-ratanya peserta sangatlah seronok dan berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan. Meskipun penat dan agak sukar untuk mendapatkan idea yang bernas ia tidak menghalang sebagai seorang pengakap kelana untuk memberi komitmen yang baik bersama pasukan dan juga mencipta idea yang terbaik.

Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia dan Institusi Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim Kedah. Jurulatih koordinator MOP diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program berkenaan. Program yang dijalankan secara teori dan praktikal ini amat memberi kesan yang mendalam sebagai seorang pengakap kelana.

Portrait de Farhana Azhar
from Malaysia, il y a 1 année

Project Period

Started On
Friday, July 13, 2018
Ended On
Sunday, July 15, 2018

Nombre de participants

103

Heures de service

24
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.