Kolokium Antarabangsa Kepimpinan Pengakap 2015

Sajulia Ahmad, telah hadir mewakili negeri KLKM dan membentangkan kertas bertajuk:
KELANASISWA A WEEKEND IN ENGLISH (KAWIE)
oleh Sajulia Ahmad, Abdul Rashid Mohamad
Abstrak
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan program berteraskan University Community Engagement (UCE) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah peruntukan Program Kelestarian Kepemimpinan Belia 1 Malaysia , Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, KPM. Program ini dikenali sebagai Kelanasiswa; a Weekend in English (KAWIE) dan dikendalikan oleh ahli-ahli KLKM yang mengikuti Kokurikulum Berkredit dan mereka ini dilatih khas menggunakan modul KAWIE mengikut universiti masing-masing. Objektif utama KAWIE ialah untuk menarik minat murid-murid sekolah rendah luar bandar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara mudah dan tidak malu untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Pelbagai strategi digunakan untuk membantu dan membimbing murid seperti perbincangan dalam kumpulan, berlakon, kuiz, bermain dan pertandingan antara kumpulan. Antara IPTA dan IPTS yang terlibat dalam melaksanakan program ini iaitu USM, UPM, UIA, UM, UTM, UTHM, UniSZA, UUM, UniMAP, TATI-UC, INTI-UC dan KUIN. Secara keseluruhan, program ini berjaya memberikan impak yang positif terhadap sikap, sifat berani dan motivasi murid. Maklum balas daripada Guru Besar, guru-guru dan ibu bapa juga amat memberangsangkan. Mereka juga mencadangkan agar program ini diteruskan. Jadi, kertas kerja ini mencadangkan konsep yang sama diamalkan secara berkala bagi mendapatkan impak maksimum program.

Portrait de Sajulia Ahmad
from Malaysia, il y a 3 années

Project Period

Started On
Thursday, March 19, 2015
Ended On
Sunday, March 22, 2015

Nombre de participants

150

Heures de service

36

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.