KURSUS LATIHAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS "FIRST RESPONDER, FIRST AIDER"

LABUAN – Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan dengan kerjasama Pasukan Pengakap ke 26 Labuan International School telah menganjurkan Kursus Latihan Asas Pertolongan Cemas "First Responder, First Aider" yang diadakan di Labuan International School pada 6 Mei 2017 yg lalu. Kursus ini merupakan kursus pertama seumpanayan dianjurkan terbuka kepada semua pemimpin pengakap di W.P Labuan. Seramai 25 orang peserta terdiri daripada pemimpin pengakap Muda, Remaja dan Kanak-Kanak dari lapan buah pasukan iaitu Labuan International School, SM Sains Labuan, SMK Labuan, SMK Mutiara, SMA MAIWP, SK Pekan 1, SJK(C) Chi Wen, SK Membedai serta Krew Kelana A Labuan telah terlibat dalam menjayakan kursus ini.

Kursus dikendalikan oleh Jurulatih bertauliah dari National Institute of Occupational Safety and Health Malaysia (NIOSH), Encik Hasanuddin Beddu, yang juga merupakan merupakan seorang pembantu Pegawai Perubatan Kanan di Hospital Labuan dan Ahli Persaudaraan Pengakap Raja WP Labuan. Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada para peserta mengenai cara mengendalikan tindakan kecemasan selain daripada mengenali anatomi manusia, jenis-jenis luka dan pendarahan beserta kemahiran pertolongan cemas. Antara lain intipati yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti bantuan Cardiac Pulmonary Response (CPR) untuk orang dewasa dan kanak-kanak, Kaedah Heimlich menyelamatkan mangsa tercekik untuk bagi mangsa dewasa dan kanak-kanak, kaedah balutan luka dan cara mengendalikan mangsa patah tulang.

Program diakhiri dengan majlis penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta program yang telah disempurnakan oleh jurulatih Encik Hasanuddin Beddu. Pihak Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan turut mengiktiraf peserta yang berjaya mengikuti kursus ini sebagai ahli automatik pasukan tindakan kecemasan Pengakap iaitu Scout Emergency Response Team (SCREAM) dan berharap mereka akan dapat menjalankan tugas apabila dikehendaki kelak. Majlis ini diakhiri dengan sesi fotografi.

Portrait de RMD
by RMD
from Malaysia, il y a 2 années

Project Period

Started On
Saturday, May 6, 2017
Ended On
Saturday, May 6, 2017

Nombre de participants

25

Heures de service

150

Topics

Adults in Scouting
Scouting and Humanitarian Action
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.