Semangat berkobar-kobar untuk sebuah kumpulan yang baru
Tahniah kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sjkc Tsi Sin Tenom kerana memulakan langkah pertama menyahut seruan Pengakap Daerah Kemabong untuk menubuhkan Kumpulan Pengakap sekolah bermula Tahun 2017 nanti. Perbincangan bersama yang memakan masa selama 2 jam bagi menerangkan keperluan dan persediaan sekolah untuk melatih ahli berdaftar tahun depan berjalan lancar dan pentadbir sekolah amat berpuas hati dengan kerjasama yang kami berikan. Bantuan akan sentiasa dihulur agar penubuhan kumpulan ini nanti mengikut garis panduan dan tiada keciciran ilmu pengakap di kalangan pemimpin dan ahlinya. Pujian dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sekolah ini merupakan sekolah cina pertama dalam daerah kemabong yang ingin mendaftarkan kumpulan.