Istiadat Perbarisan dan Penganugerahan Anugerah Baden-Powell & Manikayu Peringkat Kebangsaan kali ke 3 IPTA/IPTS
Istiadat Perbarisan dan Penganugerahan Anugerah Baden-Powell & Manikayu Peringkat Kebangsaan kali ke 3 IPTA/IPTS diadakan di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glemi Lemi Universiti Malaya yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan.
Ia melibatkan seramai 72 orang peserta BPA dan 150 orang penerima sijil akuan tamat latihan manikayu Kelana. Program ini melibatkan beberapa daerah KLKM iaitu Politeknik Mukah, Politeknik Seberang Perai, Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Terangganu, Kolej Universiti Insaniah Alor Setar dan banyak lagi.
Seramai 66 orang telah dianugerahkan Anugerah Baden-Powell pada kali ini. Tahniah di ucapkan kepada yang telah Lulus kesemua ujian dalam Istiadat Perbarisan dan Penganugerahan Anugerah Baden-Powell 2016 ini dan kepada yang gagal boleh cuba lagi pada masa akan datang.