Perkhemahan Bersepadu KLKM Universiti Malaysia Perlis 2015

Pada 28 dan 29 November yang lalu, Pasukan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengadakan Perkhemahan Bersepadu KLKM UniMAP 2015 yang diadakan julung-julung kalinya. Perkhemahan ini telah melibatkan tiga unit KLKM iaitu KLKM Unit Darat, KLKM Unit Laut dan KLKM Unit Udara. UniMAP merupakan universiti pertama di Malaysia yang telah menubuhkan ketiga-tiga unit KLKM iaitu Darat, Laut dan Udara bagi memenuhi keperluan subjek berkredit di UniMAP. Perkhemahan ini telah melibatkan seramai 570 orang peserta, 64 orang seketeriat, 8 orang pembimbing dan 9 orang jurulatih. Ini merupakan penglibatan peserta KLKM yang paling ramai yang pernah diadakan di UniMAP sendiri.

Perkhemahan ini telah mendedahkan para peserta dengan latihan lencana kemahiran iaitu antara lencana wajib yang perlu diperoleh oleh seseorang ahli KLKM bagi memenuhi syarat untuk ke pentarafan dan penganugerahan Anugerah Baden Powell (BP Award) iaitu anugerah tertinggi dalam Pengakap Kelana dan ia setaraf dengan Anugerah Pengakap Raja. Antara aktiviti yang melayakkan para peserta untuk memperoleh lencana kemahiran ialah berkhemah 10 malam, membina projek perintis, memahami asas kawad kaki dan kawad tongkat, orienteering dan ikhtiar hidup. Jika kesemua aktiviti ini telah dilakukan, seorang ahli KLKM itu layak memakai lencana kemahiran ini.

Aktiviti dalam perkhemahan ini terbahagi kepada 5 checkpoint iaitu checkpoint 1 merupakan checkpoint kawad. Di sini para peserta telah di ajar asas kawad kaki dan kawad tongkat. Checkpoint 2 ialah ikatan dan simpulan. Para peserta telah diuji kemahiran ikatan dan simpulan mereka mengikut silibus Skim Pengakap Kelana yang telah disarankan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Checkpoint 3 merupakan checkpoint pioneering. Di sini para peserta dikehendaki membina model menara tinjau dan mengaplikasikan kemahiran ikatan dan simpulan mereka bagi menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Checkpoint 4 ialah orienteering iaitu para peserta dikehendaki menyelesaikan tugas yang diberikan dan mencari checkpoint-checkpoint yang telah ditetapkan. Checkpoint 5 ialah ikhtiar hidup iaitu lebih dikenali sebagai masakan rimba. Di sini para peserta dikehendaki memasak mengikut menu yang ditetapkan iaitu masak nasi menggunakan mestin, ayam pansuh atau sup ayam dalam buluh, kentang , telur ayam dan roti lilit. Kesemua peserta dikehendaki memasak menggunakan kayu api dan mengikut kreativiti sendiri untuk memasak mengikut bahan dan menu yang disediakan.

Majlis Perasmian Perkhemahan Bersepadu KLKM UniMAP 2015 telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum, Prof. Madya Dr Zaliman Sauli. Dalam majlis tersebut, beliau telah menyempurnakan majlis pemakaian apolet dan rambu BP kepada 7 orang penerima yang baru di anugerahkan pada 13 November lalu dan seorang penerima pemakaian sayap penerjunan. Beliau berharap agar ketiga-tiga unit KLKM ini dapat meneruskan aktiviti seperti ini pada masa akan datang dan melahirkan pemegang Anugerah BP pada masa akan datang bagi memantapkan lagi Pasukan KLKM di UniMAP ini.

Portrait de Joe Fizoe
from Malaysia, il y a 3 années

Project Period

Started On
Saturday, November 28, 2015
Ended On
Sunday, November 29, 2015

Nombre de participants

500

Heures de service

12000
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.