MENCUBA SESUATU YANG BAHARU

KLINIK KAYAK DAN MINI EKPEDISI SUNGAI IBAI 202

Pada 7 Mac 2020, saya telah menyertai Klinik Kayak dan Mini Ekspedisi Sungai Ibai. Program ini merupakan anjuran Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Kanu Negeri Terengganu bertempat di Pusat Latihan Kayak Negeri Terengganu, Kuala Ibai. Program ini telah disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa. Dalam program ini, para peserta diajar oleh jurulatih yang bertauliah tentang asas-asas penggunaan kayak. Setelah selesai bahagian teori, para peserta dibawa turun ke air bagi sesi 'water confident'. Dalam program ini juga, para peserta turut membuat mini ekspedisi melalui sepanjang Sungai Ibai. Para peserta juga didedahkan dengan asas untuk menyelamat di air. 

Imagen de md_firdaussss
from Malaysia, hace 7 meses

Project Period

Started On
Saturday, March 7, 2020
Ended On
Saturday, March 7, 2020

Número de participantes

30

Horas de servicio

180

Topics

Youth Programme
Communications and Scouting Profile

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.