Penerangan BWF Melalui Scout For SDGs

Kusus Pengenalan MoP dan Kem Ujian Mengenal Diri (Vigil) telah dilaksanakan pada 07 hingga 09 Februari 2020. Kursus Pengenalan MoP dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli pasukan mengenai Messenggers of Peace (MoP), Better World Framework (BWF) dan Scout.org. Manakala, Vigil dilaksanakan bertujuan membolehkan ahli pasukan yang baharu dilantik sebagai bakal kelana.

Kedua-dua program ini dijalankan di Gilwell Scout Nature Park (GSNP) yang telah disertai seramai 20 orang. Antaranya ialah Pemimpin Pasukan iaitu En. Mohd Afiq Bin Mohd Fauzi, Penolong Pesuruhaya Unit Kelana Pn. Jasmiyati Binti Baharuddin, Ahli Pasukan dan Ahli Pasukan yang baharu.

Kursus Penerangan MoP telah dilaksanakan bermula pada 07 hingga 08 Februari 2020. Para peserta didedahkan mengenai 17 Matlamat Scout For SDGs yang mempunyai beberapa inisiatif BWF. Kemudian, para peserta juga didedahkan dengan Scout.org secara ringkas kerana semua peserta telah pun memliliki akaun Scout.org.

Program juga diselitkan dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Pertama Pasukan sejak penubuhan pada 15 Mei 2019. AGM ini juga disertai oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Kelana. Dalam pada itu, program juga diselitkan dengan Penabalan Kelana Penuh seramai 3 orang.

Seterusnya, Vigil pula dilaksanakan bermula 6.00 petang 08 Februari 2020 dan berakhir pada 6.00 Pagi 09 Februari 2020. Vigil tersebut dilaksanakan melalui 3 sesi dan aktiviti penghayatan malam dalam kawasan GSNP oleh kerana pada cuaca yang tidak mengizinkan untuk melaksanakan aktiviti ‘Night Walk’ di luar kawasan GSNP. Program telah diakhiri dengan sesi bergambar setelah seramai 7 orang ahli baharu telah dilantik sebelum terbit matahari sebagai bakal kelana Pasukan Pengakap Kelana ‘B’ Udara (Banzai Rovers) Kinabatangan.

Imagen de Suryadi Lagga
from Malaysia, hace 1 mes

Project Period

Started On
Friday, February 7, 2020
Ended On
Sunday, February 9, 2020

Número de participantes

20

Horas de servicio

320
Geolocation

Topics

Better World Framework

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.