Scout-Go-Medic!

Nama Program: Kursus Asas Pertolongan Cemas (Bantu Mula)
Tarikh: 23 Jun 2019
Tempat: Dewan Serbaguna SK Jaya Baru

Kursus Asas Pertolongan Cemas (Bantu Mula) anjuran Pasukan Pengakap Kelana 'B' Udara Kinabatangan yang berjaya dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jaya Baru hari ini telah dihadiri oleh 39 orang peserta yang terdiri daripada Pemimpin Kumpulan, Pengakap Kelana dan Pengakap Kanak-Kanak dari daerah Kinabatangan dan juga daerah Sibuga.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada jurulatih kursus, Dr Mohamad Fikri Zanal Abidin daripada Mabello Group of Clinics (HQ) yang telah menerangkankan serba sedikit tentang asas pertolongan cemas (bantu mula) serta memantau amali praktikal para peserta.

DC Kinabatangan, Skip Shopian @ Sofian Bin Nasir yang diiringi oleh ADC Pentadbiran & Kelana, Skip Mohd Hatta Bin Maaruf berkesempatan untuk merasmikan majlis penutupan kursus serta menyampaikan sijil penyertaan kepada kontinjen yang hadir.

DC Sibuga, Skip Mohd Sofiee Bin Ag Basrih juga sempat berkongsi serba sedikit tentang kandungan skim kelana dan skim kelana udara khususnya bersama-sama peserta pengakap kelana yang ada.

Pengakap Kelana ‘B’ Udara Banzai Rovers mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak amnya yang telah menjayakan program ini. Sekalung penghargaan kepada Arkana Rovers Kinabatangan, Delta Rovers Kinabatangan dan Pengakap Kelana Sibuga yang telah memberikan sokongan.

Semoga perkongsian ilmu kali ini akan mengeratkan lagi persaudaraan pengakap yang ada.

Imagen de kasyah
from Malaysia, hace 3 semanas

Project Period

Started On
Saturday, June 22, 2019
Ended On
Sunday, June 23, 2019

Número de participantes

39

Horas de servicio

234
Geolocation

Topics

Youth Programme
Adults in Scouting
Youth Engagement
Scouting and Humanitarian Action
Communications and Scouting Profile

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.