Rock n Roll For Peace

Daerah Kinabatangan telah mengadakan satu program percubaan “test run programme” iaitu Program Muzik Untuk Keamanan bertampat di Sekolah Kebangsaan Jaya Baru. Program yang melibatkan pengunaan alat muzik serta lagu-lagu yang berkaitan dengan aktiviti di samping menyebarkan mesej keamanan ini, telah melibatkan Seramai 212 orang murid sebagai peserta, 8 orang guru dan 7 orang petugas Pengakap Kelana B Kinabatangan. Tujuan program ini ialah untuk menggalakkan para peserta menggunakan alat muzik dalam kehidupan seharian yang secara tidak langsung dapat menarik perhatian mereka terhadap dunia muzik. Akhir sekali, program ini juga dijalankan sebagai perintis dan penanda aras terhadap program-program MoP yang akan datang. Menarikya, salah satu aktiviti program yang dijalankan adalah membunyikan irama menggunakan tin, epal dan nenas. Di mana, penggunaan alat yang lain selain alat muzik yang sebenar untuk membunyikan irama dapat memberikan pengalaman yang cukup bermakna kepada para peserta. Justeru, semua peserta diberikan peluang untuk mencuba pengalaman dan pengetahuan baharu dalam aktiviti yang dijalankan dalam program ini.

Imagen de syahrulali
from Malaysia, hace 3 semanas

Project Period

Started On
Tuesday, November 5, 2019
Ended On
Wednesday, November 6, 2019

Número de participantes

227

Horas de servicio

1362
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme
Partnerships
Communications and Scouting Profile
Better World Framework

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.